Ahad, 3 Oktober 2010

~surat dari ukhti~

dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Saat aku mengenal tarbiyah, mungkin belum terdetik di hati ianya membawa seribu makan buat diri ini. Sepanjang hayat, biah solehah, belum pernah melekat di 'rumah' tempat aku membesar. Namun, sejak aku melangkah mencorak hidup berdikari di zaman persekolahan dahulu, nasibku diubah oleh Ilahi, sedikit demi sedikit.

Seorang demi seorang, sahabat aku kenali kerana Allah dan RasulNya. Perasaan bertemu denagn persahabatan ini tidak dapat kugambarkan dengan kata-kata. Nyata, ia berbeza, manakan tidak, semuanya kerana Allah.

Susah, senang... suka dan duka kita tempuhi bersama. Aku tidak selalu dapat merasakan keindahan ukhuwah ini, kerana sering berjauhan. Namun itulah harga yang Allah kurniakan padaku sebagai nilai persahabatan ini.

Semoga ukhuwah yang terjalin, terikat selama-lamanya...

p/s: Amin..ini jua doaku buatmu ukhti =)

Sabtu, 14 Ogos 2010

~tarbiyah Ramadhan~

dengan nama Allah yang Maha Melihat lagi Maha Mendengar

kata seorang kawan

.:Tarbiyah Ramadhan:.
beribadah secara realiti, bukan hanya dalam mimpi

*saat paling utama adalah pada tengah malam yang akhir*

Jumaat, 13 Ogos 2010

~adakah Ramadhan buat kita~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Begitulah Ramadhan berkunjung lagi
Pada keriuhan kita dengan kehidupan dini
Ramadhan menyapa kita penuh bersahaja,
Serta mengingatkan kita,
Sudah tiba masanya untuk kita bermusafir bersamanya.
Namun adakah benar kita memaknainya?
atau menganggapnya seperti satu perjalanan biasa sahaja?
Begitulah kita.
Berbeza dengan mereka
Mereka para sahabat Rasul tercinta
Mereka menyambut ramadhan dengan air mata
RIntihan taubat dan serta kemerduan alunan Al-quran
Sedangkan kita menyambut Ramadhan
dengan pelbagai menu dan resepi baru juadah berbuka
Mereka menyambut ramadhan dengan ketaatan,
Serta lamanya berdiri di atas sejadah
Kita menyambut ramadhan
dengan pembaziran menggila
serta lapar dan dahaga.
Bezanya kita dengan mereka
Mereka ternanti-nantikan kedatangan bulan ini
Untuk menyedut rahmahNya
menyedut maghfirahNya
Serta menyedut perlepasan dari api nerakaNya
Sedangkan kita
menantinya dengan keperitan.
‘Ah, sebulan kene berlapar dan dahaga!’
Tapi takpe pada kita: raya akan kunjung tiba!
Boleh peragakan baju dan langsir baru
Serta handbag dan kasut baru
Alangkah bezanya kita dan mereka!
Pemergian ramadhan bagi mereka ditangisi air mata
Pemergian ramadhan bagi kita diiringi sorak ria
serta juadah raya
Masjid nabawi dan Baitul Haram pasti dipenuhi barisan safff manusia
di sepertiga akhir ramadhan
Pesta ibadahnya meriah
dengan tarawikh dan tahajud
serta tilawah Alquran
Lailatul Qadr dicari-cari pada malam ganjil
Sehinggalah para sahabat bertemu dengannya
merasai kenikmatan seribu bulan itu.
Sedangkan masjid kita suram belaka,
Semu dari ibadah, solat mahupun al-Quran.
seolah-olah kita lupa akan sebuah hakikat.
Apakah ada ramadhan buat kita?
Muharikah
Glasgow
20/7/10

Selasa, 10 Ogos 2010

~sujud pembebasan~

dengan nama Allah yang Maha Hebat lagi Maha Agung

sujud itu menundukkan dahi,tetapi
memuliakan dan meninggikan muslim yang bertasbih padaNya
si jahil menyangkanya belenggu ke atas hamba
tetapi,sujudlah yang memusnahkan segala belenggu-belenggu itu
padanya,semua makhluk akan tunduk kepada muslim yang sujud
seluruh alam takut kepada kata-kata dan perbuatannya
wajah dan seluruh anggota melekat di bumi
tetapi ia menggoncangkan gunung-gunung
meruntuhkan syirik dan was-was dalam diri
tetapi,ia juga membangunkan generasi-generasi
dalam diam,kerana hati ada perjalanan yang menundukkan bumi
lantaran kehebatan dan kebesaranNya
sujudnya hanya kepada Allah
ia mengesakanNya,lalu mantap dan kuat
menghapuskan setiap penzalim yang sombong
barangsiapa yang menghayati sujud ini,
dia menikmati kepimpinan dan ketuanan di muka bumi,
dengan keagungannya,rahmat dan keindahannya.

-abdul wahab azam-

Rabu, 28 Julai 2010

~doaku~

dengan nama Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

oh Allah,
sempatkanlah kami untuk bertaubat
untuk hidup di jalanMu
untuk penuhi keewajipanku
sebelum tutup usia ini..
sebelum kami kembali kepadaMu..

ameen ya rabb

Rabu, 14 Julai 2010

~sesat lagi?~

dengan nama Allah yang Maha Melihat lagi Maha Mendengar

Saya sering tersesat pabila pergi ke kawasan yang baru saya jejaki. Memandu ke tempat-tempat ini sering menguji ketahanan mental dan fizikal saya. Baru-baru ini kerana sebuah janji saya terpaksa memandu ke satu tempat yang baru. Seperti yang dijangka saya sesat lagi. Peristiwa sesat ini mengajar saya sesuatu.

Apa yang anda lakukan pabila anda sesat? Ada yang berjalan mengikut kata hati. Ada yang berhenti dan bertanya pada orang sekeliling. Saya pula menggunakan teknologi yang ada, mendail no telefon kawan-kawan saya. Tapi oleh kerana tidur malam yang tidak mencukupi, saya tidak dapat memahami arahan yang diberikan. Akhirnya saya berhenti di suatu tempat dan memohon sahabat saya itu untuk mengambil saya. Dalam penantian itu saya terfikir...

Andainya kita sesat dalam perjalanan hidup, kita juga perlu mencari jalan keluar. Kita tidak boleh hanya menanti. Kita perlu mencari, memanggil, mahupun berteriak pada mereka-mereka yang boleh menunjukkan jalan. Seandainya kita hanya berdiam diri, kita pasti akan semakin tersesat. Lagipun orang-orang lain tidak tahu kita sesat. Mereka sangka kita tahu jalan yang betul andai kita tidak bertanya. Dan adakalanya kita perlu berhenti supaya orang lain boleh mencari kita dan membawa kita ke jalan yang betul. Kerana semakin jauh kita tersesat semakin lama masa yang diambil oleh orang lain untuk sampai dan membawa kita bersama-sama ke jalan yang betul.

Maka, sekiranya anda sesat, usahlah malu atau segan untuk mendapatkan pertolongan. Sesungguhnya, lebih cepat kita memohon pertolongan semakin cepat kita akan sampai kembali ke jalan yang kita cari-cari.

wallahua'alam

Sabtu, 3 Julai 2010

~cukup kenalkah?~

dengan nama Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat

Jika kamu menyangka ada musuh yang lebih hebat dari dirimu sendiri,
maka kamu masih belum mengenal dirimu sendiri.
Jika kamu menyangka ada pelindung yang lebih hebat dari Allah,
maka kamu masih belum mengenal Allah