Memaparkan catatan dengan label ranting-ranting kehidupan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ranting-ranting kehidupan. Papar semua catatan

Ahad, 30 Jun 2013

~Monolog~

dengan nama Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

Malam ini
Kuutus secebis doa
Dalam gigil dan dingin

Monologku adalah sekeping hati hilang punca
Dicicah secawan kopi tanpa gula
Dalam hujan sendu rasa

Andai ku bertamu ke rumahMu
Sudikah Kau menerimaku
Memberi sedikit candu
Agar hati mabuk rindu
Hanya padaMu

Ahad, 7 Oktober 2012

~terima kasih Allah~

dengan nama Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

Seminggu telah berlalu. Seminggu juga dia telah berangkat menemui kekasih hatiNya.

Terima kasih Allah kerana meminjamkan dia buat kami. Terima kasih kerana mengajarku erti kesabaran melalui dia. Senyumannya masih terbayang-bayang dimata. Lembut tutur bicaranya masih terngiang-ngiang di telinga. Sikap pemurahnya masih terpahat di dada. Terlalu banyak pengajaran yang Kau sampaikan melaluinya yang jarang sekali berbicara denganku. Sesungguhnya terlalu banyak yang aku pelajari hanya dengan memerhati perlakuan dan akhlaknya.

Terima kasih Allah kerana menjemput dia berada di sisiMu. Terima kasih Allah kerana telah berakhir penderitaan dan ujian buat dia. Meski berat buat kami tapi lebih berat buatMu melihat dia menderita. Pinjamkanlah sedikit kekuatanMu Ya Allah terutama buat belahan jiwanya. Terimalah segala amalanya Y Allah. Moga dia tenang di sana.

Al-Fatihah

Ahad, 31 Januari 2010

~indahnya bahasa (3) ~

dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

biar mati bergalang tanah, dari hidup bercermin bangkai

Ahad, 4 Oktober 2009

~bicara hati 1 ~

dengan nama Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Janji Tuhan tak pernah dimungkiri.
Setiap titis air mata, setiap derita dan sengsara pasti ada hikmah di sebaliknya.
Dan sesungguhnya sesuatu yang kita miliki setelah berusaha dengan segala kudrat yang ada itu lebih nikmat rasanya.

Selasa, 7 Julai 2009

~indahnya bahasa (2) ~

dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

seperti kembang bunga cina

belum dipanggil sudah datang

belum disuruh sudah pergi

Sabtu, 27 Jun 2009

~ indahnya bahasa ~

dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

bila dah dihuja, jangan ditarik ekor

Selasa, 16 Jun 2009

~ a junction ~

dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

between a junction
i stood
undecided

my brain keeps whirling
my heart keeps turning

still thinking
still juggling

undecided
unthinkable

-Oh Allah, to Thee I face, only Thou can give me the best solution, I want to keep walking; even flying if I can, shower me with Your guidance and mercy-

Sabtu, 23 Mei 2009

~ dia pergi jua akhirnya ~

dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

perkenalan kami bermula 6 tahun yang lalu
sejak hari itu
saya belajar mengenali dia
dia sahabat yang setia
sering menjadi tempat meluah rasa; suka dan duka
membantu saya menyiapkan segala tugasan
dia juga menuruti saya ke luar negara
terlalu banyak kenangan kami bersama
tapi sejak akhir2 ini, dia sering sakit
dan beberapa hari yang lalu
dia memejamkan matanya buat selama-lamanya
saya dah cuba bermacam cara
tapi dia tak mampu lagi diselamatkan
bersemadilah kamu dengan tenang
terima kasih atas segala khidmat kamu selama ini

- huhu, pas ni kena cari laptop baru =( -