Memaparkan catatan dengan label mindaku rasaku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mindaku rasaku. Papar semua catatan

Rabu, 16 Januari 2013

~I have~

dengan nama Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui


“I have the moon and the sun, because I have Allah in my soul."
Andai saja ayat ini mampu disemai dalam hati, tiada apa lagi yang kumahukan. Mungkin ini apa yang tersimpan dalam hati para pencinta-Mu Ya Allah.

Ahad, 21 Oktober 2012

~ aku miskin namun ~

dengan nama Allah yang Maha Melihat lagi Maha Mendengar

Tuhan, aku ini miskin harta. Aku juga miskin amal. Serasanya aku ini seperti fakir miskin yang hina dina. Namun, aku sering bermimpi untuk berpimpin tangan dengan para penghuni syurgaMu.

Tuhan, aku ini miskin harta. Aku juga miskin kesabaran. Serasanya beribu kali aku gagal menahan diri dari melakukan perkara yang dilarang. Namun, aku sering bermimpi untuk bercanda ria bersama bidadari bermata jeli.

Rabu, 25 Januari 2012

~rezeki~

dengan nama Allah yang Maha Memberi lagi Maha Menyayangi

sesungguhnya rezeki itu datang dalam pelbagai bentuk...
ada yang memilikinya melalui harta kekayaaan
ada juga mendapat limpahan ilmu pengetahuan
malahan pasangan dan anak-anak juga adalah rezeki
rupa paras yang cantik juga adalah rezeki

maka usahlah kamu membanding-banding rezeki kamu dengan yang lain
sesungguhnya Allah itu Maha Adil
yang kurang itu telah ditampung pada bahagian yang lain
siapalah kita untuk mempertikai

Sabtu, 2 April 2011

~the author of the book~

dengan nama Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa

All this while, I've been dreaming that one day I'll be able to write a book. It may be fiction or non-fiction book. However, with tons of work everyday, I thought that I will never be able to do it. Suddenly a friend of mine remind me with this statement;

"You are the author of a book that you will receive on the day of judgement"

I was so shocked. All this while, I'm actually an author of one of the most important book. The book that I will recieved on D-day. The book that carries thousands of 'royalties' that will determine my special VVIP pass to heaven or hell.

Have you ever thought about it?

So many chapters in the 'book' need to be improvised. All the 'grammar' mistakes, inappropriate 'vocabulary' used, wrong 'sentence structures' and so on. Well,I just pray that the due date is not so soon. So that I can improvise!

Well, no one knows when is the exact 'deadline'. So, let's start today.

Rabu, 28 Julai 2010

~doaku~

dengan nama Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

oh Allah,
sempatkanlah kami untuk bertaubat
untuk hidup di jalanMu
untuk penuhi keewajipanku
sebelum tutup usia ini..
sebelum kami kembali kepadaMu..

ameen ya rabb

Rabu, 14 Julai 2010

~sesat lagi?~

dengan nama Allah yang Maha Melihat lagi Maha Mendengar

Saya sering tersesat pabila pergi ke kawasan yang baru saya jejaki. Memandu ke tempat-tempat ini sering menguji ketahanan mental dan fizikal saya. Baru-baru ini kerana sebuah janji saya terpaksa memandu ke satu tempat yang baru. Seperti yang dijangka saya sesat lagi. Peristiwa sesat ini mengajar saya sesuatu.

Apa yang anda lakukan pabila anda sesat? Ada yang berjalan mengikut kata hati. Ada yang berhenti dan bertanya pada orang sekeliling. Saya pula menggunakan teknologi yang ada, mendail no telefon kawan-kawan saya. Tapi oleh kerana tidur malam yang tidak mencukupi, saya tidak dapat memahami arahan yang diberikan. Akhirnya saya berhenti di suatu tempat dan memohon sahabat saya itu untuk mengambil saya. Dalam penantian itu saya terfikir...

Andainya kita sesat dalam perjalanan hidup, kita juga perlu mencari jalan keluar. Kita tidak boleh hanya menanti. Kita perlu mencari, memanggil, mahupun berteriak pada mereka-mereka yang boleh menunjukkan jalan. Seandainya kita hanya berdiam diri, kita pasti akan semakin tersesat. Lagipun orang-orang lain tidak tahu kita sesat. Mereka sangka kita tahu jalan yang betul andai kita tidak bertanya. Dan adakalanya kita perlu berhenti supaya orang lain boleh mencari kita dan membawa kita ke jalan yang betul. Kerana semakin jauh kita tersesat semakin lama masa yang diambil oleh orang lain untuk sampai dan membawa kita bersama-sama ke jalan yang betul.

Maka, sekiranya anda sesat, usahlah malu atau segan untuk mendapatkan pertolongan. Sesungguhnya, lebih cepat kita memohon pertolongan semakin cepat kita akan sampai kembali ke jalan yang kita cari-cari.

wallahua'alam

Isnin, 28 Jun 2010

~yang menyuburkan jiwa~

dengan nama Allah yang Maha mengetahui lagi Maha mengingat

Sesungguhnya jiwa ini rindu pada tanah peti sejuk itu...'tanah amali'... tanah yang amat menyuburkan jiwa yang gersang tatkala itu... lalu pengalaman hujung minggu lalu membawa memori lalu yang amat menyuburkan jiwa... oleh kerana kekangan masa dan ruang, diri ini kembali merasakan betapa indahnya Deen ini... kala anggota tubuh sujud mencium bumi, terasa betapa dekatnya hamba padaMu... hati pun berdetik 'sesungguhnya tanah yang saban hari diijak-injak ini sebenarnya adalah aku... dan ia lebih dekat denganMu Ya Allah kerana ketaqwaannya padaMu tak pernah sekali dikhabarkan pada 'tanah di tepi' apatah lagi 'tanah seberang'...

Dan dalam kesibukan manusia memuja manusia di tengah lautan manusia yang beribu, Kau temukan kami, jiwa-jiwa yang saling merindu... senyuman yang terpancar bagai suria yang bersinar dan dakapan hangat itu amat-amat memberi nyawa pada 'tanah gersang' ini, titipan doa kalian umpama titisan hujan yang kian lama dinanti-nanti... sesungguhnya diri ini amat membutuhkan pertemuan itu...

Ya Allah seinfiniti kesyukuran kupanjatkan padaMu... terima kasih Ya Allah buat satu malam minggu yang amat menyuburkan jiwa...

Selasa, 11 Mei 2010

~orang tamak selalu rugi~

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pemberi Rezeki

'orang tamak selalu rugi, macam anjing dengan bayang-bayang'

Selalu kan kita dengar kata-kata tu. Masa kanak-kanak dulu cikgu selalu cerita pasal 'Anjing dengan Bayang-bayang'. Kala itu selalu ingat tamak hanyalah berkaitan dengan harta benda.

Tapi hari Ahad lepas, say dengar tazkirah dari seorang ustazah... Katanya manusia ni selalu tamak pabila berdoa... Eh, berdoa pun kira tamak ke? Macam mana nak tau saya ni tamak berdoa atau tidak?

Sebenarnya seseorang tu dikira tamak berdoa pabila dia berdoa hanya untuk dirinya sahaja. Sesungguhnya kita digalakkan untuk berdoa kepada orang lain seperti ibu bapa, saudara mara, sahabat handai dan juga umat Islam seluruhnya.

Jika kita berdoa hanya untuk diri sendiri, doa-doa kita kemungkinan akan lambat dimakbulkan. Sesungguhnya doa seorang sahabat buat sahabatnya, yang tidak diketahui oleh sahabatnya itu, ada kemungkinan lebih cepat dimakbulkan. Jadi semoga kita tak jadi orang-orang yang tamak ketika berdoa. Berdoalah untuk orang lain juga. Semoga orang lain juga akan mendoakan kita. Amin.

Wallahu'alam

Selasa, 6 April 2010

~keperluan bukan pilihan~

dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Menjadi manusia yang benar-benar memahami dan melaksanakan tujuan penciptaannya bukanlah satu pilihan,
tapi satu keperluan
.
Rasalah bertanggungjawab untuk hidup penuh erti kerana hidup di sini hanyalah sekali.
Bukankah setiap manusia pasti kembali kepada Tuhannya?
Lalu apa lagi yang kita harapkan selain kembali dalam redha-Nya.

Ahad, 28 Mac 2010

~hadiah buat...~

Dengan nama Allah yang Maha Memiliki lagi Maha Berkuasa

Hari-hari sepanjang kehidupan bukan selamanya diiringi suka dan tawa, kerana syurga itu terlalu mahal untuk orang yang hidup sambil lewa; apatah lagi yang mencintai dunia yang sementara.

Syurga itu adalah hadiah buat mereka yang bersusah payah menunaikan amanah. Walaupun sukar dan perit, janji untuk menjadi hamba yang taat dan menguruskan dunia dengan keimanan harus tetap ditunaikan.

Khamis, 14 Januari 2010

~ jika bukan lillah pasti lelah ~

dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Kala ini, terngiang-ngiang kata-kata seorang sahabat

'jika bukan lillah pasti lelah'

Terasa amat benar kata-kata itu. Andai bukan lillah akan sampai waktunya kita akan lelah. Tertanya-tanya sendiri untuk apa semua ini? Tanpa tujuan yang jelas, tahap kepenatan akan naik mendadak, dan akhirnya kita kan layu. Maka, semaklah kompas hati kita saban waktu. Betulkan tunjuk arahnya sebelum melangkah. Kerana...

'jika bukan lillah pasti lelah'

wallahu'alam

Sabtu, 7 November 2009

~ senandung adik ~

dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun

Sore itu, seusai sedikit pengisian adik itu mendekati saya. Suram matanya kala dia menghampiriku. Dalam sedu-sedak serak suaranya meluah rasa. Ah, adik, andai hatimu terguris, hati ini lebih lagi. Ya Allah mengapa Kau uji adikku ini dengan ujian seberat ini. Ya Allah, betapa aku berharap adik-adikku tidak pernah mengenal kalimah itu. Kalimah keramat buruan manusia; CINTA.

Bukan, bukan aku tak redha dengan ketentuanNya. Benar pengalamanlah guru terbaik buat manusia. Tapi berat benar hati ini pabila melihat mutiara-mutiara jernih itu mengalir laju di pipi adik itu.

Bukan, aku bukan manusia yang tidak percaya dengan cinta. Mana mungkin. Aku juga lahir dari rasa cinta. Dan aku hidup dan bernafas hingga detik ini juga kerana cinta. Aku mengenal dan kini bertatih di atas jalan ini hanya kerana cinta. Ya cinta; CINTA-NYA.

Bukan, bukan aku menyatakan tiada rasa cinta dalam hati manusia. Kalau tidak masakan aku mampu mengalirkan rasa kasih dan cinta ini buatmu adik. Tapi mana mungkin hamba mampu melawan Penciptanya. Tidak, sesekali tidak! Cinta manusia kan pasti ada penghujungnya, sedang kasih Sang Pencipta tiada nokhtahnya. Sesungguhnya hanya cinta yang berasaskan akad nikah sahaja yang mungkin kekal (ya, hanya mungkin, bukan pasti).

Maka adikku, dengarlah senandungku;

Jadilah pemburu cinta ILLAHI,
yang mencari cinta yang bermula dari ikatan suci
bukan diakhiri olehnya
Sesungguhnya tiada istilah di antaranya
Yakinlah janji ILLAHI
agar kecewa tak wujud dalam kamus diri
andai bukan di sini
pasti ada di sana nanti

-sabarlah sayang-

Selasa, 3 November 2009

~ pabila tersingkapnya sebuah penyaksian ~

dengan nama Alah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Seperti selalu pertemuan singkat dengan para sahabat yang tersayang kan pasti menjadi tempat buat kami bertanya khabar iman kami dan bertukar-tukar cerita yang mampu meningkatkan iman kami. Dalam kerancakan perbualan itu, hati saya terkesan dengan sebuah cerita;

"Adik saya semakin memahami hakikat kalimah toyyibah itu. Saya benar-benar bersyukur. Dia semakin memahami kepentingan untuk menyampaikannya kepada orang lain. Katanya dia tak mampu untuk bercakap di khalayak ramai. Makanya dia telah memilih untuk meletakkan bahan bacaannya (yang berconteng nota tambahan) di surau tempatnya belajar. Dia ingin berkongsi kefahaman ini bersama-sama orang lain."

Terpana seketika. Saya memuhasabah diri sendiri. Ya Allah, seinfiniti kesyukuran kupanjatkan. Benarlah, pabila tersingkapnya sebuah penyaksian, segalanya mampu dilaksanakan.

Penyaksian menuntut anda menyampaikan kebenaran. Jangan biar insan tak berdosa dihukum, yang teraniaya tak terbela, hanya kerna kebenaran yang kita sembunyikan. Adik itu telah menyatakan kesaksiannya, kita bila lagi?

Wallahu'alam

Sabtu, 17 Oktober 2009

~ilmu dan kita~

dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Rasululllah S.A.W bersabda:

Barangsiapa yang menginginkan kesejahteraan di dunia, hendaklah dia menguasai ilmu, dan barangsiapa yang menginginkan kesejahteraan di akhirat hendaklah dia menguasai ilmu, dan barangsiapa yang menginginkan kesejahteraan di dunia dan akhirat hendaklah dia menguasai ilmu.

Hadith ini telah menerangkan kepentingan ilmu pengetahuan daik dalam kehidupan dunia mahupun akhirat. Tapi terdapat satu lagi perkara yang penting tentang ilmu ni. Ianya terkandung dalam sebuah lagi hadith;

Barangsiapa yang bertambah ilmunya tetapi tidak bertambah ketaqwaannya, maka tidak ada sesuatu apapun yang bertambah dalam dirinya kecuali jauh dari Allah. (Astagfirullah hal a'dzim)

Makanya, walau di ceruk mana pun kita berada, di padang pasir yang tandus atau bumi subur penuh berkah, atau tanah sedingin peti sejuk kita perlulah mencari ilmu. Meski kita jauh beribu batu dari para sahabat atau di tengah ramainya umat, kita perlu mencari ilmu itu. Namun yang pasti, berhentilah seketika dan renunglah sejenak, sejauh mana ilmu yang kita perolehi telah mengubah ketaqwaan kita kepada-Nya.

Wallahua'alam

Ahad, 4 Oktober 2009

~ air dan daei ~

dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

Analogi air utk para daie

Saudaraku jadilah air. Karena ia tak pernah berhenti dalam bergerak. Ia senantiasa terus mengalir membasahi tempat-tempat yang rendah. Dan setiap tempat yang dilaluinya sudah pasti ikut basah, lagi tanahnya subur dan baik bagi kehidupan. Walaupun kadangkala ia tertahan geraknya oleh tingginya halangan ataupun bendungan serta terjal dan berlikunya jalan yang harus dilaluinya, lambat tapi pasti, ia akan melewati halangan itu dan kemudian terus dan terus mengalir sampai muara. Bahkan sesekali ia memancar ke atas untuk keindahan, meluncur deras kebawah untuk kekuatan dan mengalir tenang untuk ketawadhu’anya.

Tapi saudaraku, janganlah engkau jadi air yang tidak pernah mengalir, yang hampa menggenang di satu tempat saja dan tidak pernah ada aliran baru yang masuk dan menggantikannya. Kerana air yang demikian lama kelamaan akan kering menguap, bahkan menjadi sarang penyakit yang akan merosak dan menghancurkan orang-orang yang ada di sekelilingnya. Na’udzubillah.

“ Kalian adalah umat terbaik yang dilahirkan di lingkungan manusia, memerintah kepada yang baik dan mencegah dari yang mungkar, serta beriman kepada Allah ……… ”(Ali Imran : 110)

Wallahua'lam

~mohon dengan sangat ~

dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ku Mohon dengan sangat Ya Allah,
janganlah Kau kurniakan sesuatu yang aku pinta
semata-mata kerana belas & simpati-Mu Ya Allah
sedangkan ia hanya mendatangkan kemudaratan atas diriku.
Amin.

Ahad, 6 September 2009

~ setiap yang ada di atas tanah adalah tanah ~

dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

Hidupkanlah hatimu kerana hanya orang yang mempunyai hati yang hidup yang dapat mempengaruhi pendengar dan dan pengikutnya. Sedangkan orang yang mati hatinya tidak kan mungkin mampu menghidupkan hati orang lain kerana orang yang tidak memiliki sesuatu tidakkan mungkin dapat memberikannya kepada orang lain.

Manusia-manusia yang hidup hatinya ini pabila berkata-kata, akan masuklah segala-galanya ke hati para pendengarnya tanpa perlu meminta keizinan. Tapi, pabila kata-kata itu keluar hanya dari lidah maka pengaruhnya takkan sekali-kali melangkaui telinga. Malah mungkin saja masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Sesungguhnya hati manusia itu sama seperti tubuh badan, hati memerlukan tiga perkara untuk terus hidup dan sihat:

a) pemeliharaan supaya ia selamat
b) makanan supaya ia hidup
c) pengubatan supaya ia hidup

sumber:at-tarbiyyatulislamiyah wa madrasatu Hassan Al-Banna

Isnin, 31 Ogos 2009

~ bertebaranlah, bebaskanlah ~

dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

Semalam. KLIA sekali lagi menjadi saksi, adik-adik itu pergi, kan bertebaran di seluruh pelusuk dunia. Adik-adikku, jangan takut atau gentar. Sesungguhnya Dia ada menemanimu walau di ceruk mana kau diperuk. Bertebaranlah, teruslah melangkah, kerena sesungguhnya kita bangsa bebas merdeka yang layak melangkah ke mana saja. Dan ingatlah sesungguhnya kemerdekaan sebenarnya hanya ada pada jiwa-jiwa yang tunduk patuh menghambakan diri pada yang Esa.

Wallahua'alam.

Ahad, 23 Ogos 2009

~ bicara Ramadhan ~

dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

ada yang bertanya " kalu bulan puasa ni tak ada syaitan, maka kenapa masih ada yang tidak pulang ke pangkal jalan"

maka perlulah diingatkan "selain iblis, nafsu juga mendorong manusia melakukan pelbagai kesalahan"

"tapi bukankah puasa itu seharusnya dapat menundukkan nafsu itu?" bantahnya.

"jadi, bagaimana pula dengan manusia yang melakukan maksiat sedangkan dia bersolat. bukankah solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar?"

suasana sepi... hanya kipas yang berputar ligat...

Khamis, 20 Ogos 2009

~ bagaimana caranya? ~

dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

Don't just do what you are told to do, but do what must be done

Sejak akhir-akhir ini sering berjumpa dengan sahabat yang sering bertanya

'apa yang perlu saya buat?'
'macam mana caranya untuk menjadi begitu dan begini?'
'saya dah cuba cara X tapi tak mendapat hasil yang sama pun?'

Kadang-kadang tak terjawab saya dibuatnya
Bukannya apa tapi tak semua yang saya lakukan boleh dilaksanakan
Segala-galanya bergantung pada banyak perkara
Jadi ada masa-masanya cara yang saya beri tidak boleh diguna pakai
Maka pada ketika itu gunalah cara yang anda rasa sesuai
Buatlah apa yang anda rasa perlu

Tapi, jangan sampai anda tak melakukan apa-apa kerana;

"sebagai da’i, jika anda tidak bergerak, maka itulah kesalahan paling besar.
bukan bergerak dengan cara yang salah itu yang terbesar kesalahannya."
Wallahua'lam