Rabu, 17 Februari 2010

~habuk dosa~

dengan nama Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa

waktu memandu, buka tingkap kereta. waktu berjalan kaki di tepi jalan. semasa mengemas rumah dan menyapu sampah.

kita tidak mencari habuk dan debu. bukan nakkan dia. tapi debu dan habuk tu menerobos masuk ke dalam kereta dan memenuhi ruang, hinggap di atas kepala, muka kita dan dashboard kereta. sewaktu berada di tepi jalan, tetiba angin bertiup atau ada kenderaan berlalu laju lalu menerbangkan debu dan habuk kepada kita. bukan kita jangkakan, namun kita yang jadi mangsa dan mendapat tempias habuk itu.


jika diterjemahkan ke dalam setiap detik kehidupan kita, dosa dosa kecil seumpama debu jalanan yang berterbangan. samada kita suka atau tidak. samada kita cari sendiri atau sekadar mangsa. samada kita tahu atau tidak sedar. dosa dosa kecil singgah dan melekat kepada kita. menghitamkelamkan mata hati nurani setiap anak adam yang beriman. sebagai sebahagian ujian tingkat keimanan.


di penghujung hari, kita mandi dan membersihkan muka, kaki dan seluruh badan daripada habuk dan debu daripada persekitaran yang kita lalui. agar kotoran itu tidak bertapa dan menjadi daki jika dibiarkan.


kesempurnaan solat 5 kali sehari diumpamakan sebagai mandi yang mensucikan diri daripada dosa dosa kecil yang berlaku kepada kita. bayangkan betapa bersihnya kita jika mandi 5 kali sehari!

Jumaat, 5 Februari 2010

~ia kecil ia GAGAH~

dengan nama Allah yang Maha Berkuasa lagi Maha Adil

Ada sebuah kisah, semasa Nabi Allah Ibrahim dihukum bakar. Ada seekor burung kecil, yang mengisi air di dalam paruhnya, lalu menyiram api yang membakar. Tingkah lakunya itu diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain, lalu mereka pun bertanya kepada burung kecil itu,

“Wahai burung kecil, Buat apa kamu penat-penat mengambil air, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan air yang kamu siram itu”

Lalu burung kecil menjawab :

“Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tapi saya lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal saya nanti, apakah yang saya lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada saya berjaya memadamkan api itu ataupun tidak."

Lihatlah, burung sekecil ini pun mengerti akan soal ini. Lalu, bagaimana dengan kita?

InsyaAllah teruslah istiqamah dalam agama. Kelak Allah hanya akan tanya apa yang kita buat, bukan hasil yang kita dapat.

Wallahu'alam

Isnin, 1 Februari 2010

~perlu hidup untuk mati~

dengan nama Allah yang Maha Berkuasa untuk menghidupkan dan mematikan

Digit pada usia......
baru saja bertambah
Rupa bentuk badan......
dah tak boleh diubah
Perangai baru dan lama......
perlu segera berubah
Nilai pahala dan dosa......
harapnya sempat digubah
Tempoh hidup di dunia......
tak mungkin bertambah

Hidup
memang bermula hari ini
kerana aku perlu hidup
untuk menempuh mati

najwa aiman

-subhanallah, walhamdulillah,waasataghfirullah...Ya Allah moga sisa usiaku ini dilabur pada perkara yang bermanfaat semata...amin-

Ahad, 31 Januari 2010

~indahnya bahasa (3) ~

dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

biar mati bergalang tanah, dari hidup bercermin bangkai

Khamis, 21 Januari 2010

~have you ever think 'That's Allah'~

dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah

Ahad, 17 Januari 2010

~ 1 Muslim ~

dengan nama Alah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

hanya berkongsi sebuah sajak yang mengetuk pintu hati dan minda


Dalam 1 Malaysia
kita berkongsi tanah
tapi tidak budaya
tidak juga bahasa
tidak juga agama
apatah lagi syahadah


Dalam1 Muslim
kita tidak berkongsi tanah
tapi kita mentauhidkan Allah
berkongsi Rasulullah
berpaksi satu syahadah
dan mati kita demi kalimah
Laa ilaha illallaah Muhammadar-rasulullaah

sumber: najwa aiman

Khamis, 14 Januari 2010

~ jika bukan lillah pasti lelah ~

dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Kala ini, terngiang-ngiang kata-kata seorang sahabat

'jika bukan lillah pasti lelah'

Terasa amat benar kata-kata itu. Andai bukan lillah akan sampai waktunya kita akan lelah. Tertanya-tanya sendiri untuk apa semua ini? Tanpa tujuan yang jelas, tahap kepenatan akan naik mendadak, dan akhirnya kita kan layu. Maka, semaklah kompas hati kita saban waktu. Betulkan tunjuk arahnya sebelum melangkah. Kerana...

'jika bukan lillah pasti lelah'

wallahu'alam