Isnin, 27 April 2009

~ rindu ~

dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

terlalu ramai yang bicara tentang rindu... saya yang jauh tapi tak berapa jauh ni pun rindu... teringat coretan seorang teman

'kala aku rindu, aku serahkan kembali rasa ini padaMu Ya Allah, aku serahkan dia dalam jagaanMu Ya Allah, kerna aku tahu Kau sebaik-baik penjaga'

maka kala rindu ini menggamit, saya berdoa agar kalian selamat dalam jagaanNya hingga hari kita dipertemukan semula di dunia atau di akhirat nanti insyaAllah

'janganlah bersedih pabila kita tak bertemu kerna yakinlah Dia sedang mengisi hari-harimu dengan sesuatu yang lebih bermanfaat lagi'

teruskan melangkah, biar penat, biar lelah, biar luka berdarah, biar kena berpapah, namun menyerah, tak wujud dalam dakwah

wallahu'alam

Sabtu, 25 April 2009

~ menjadi pendidik ~

dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

Assalamualaikum

Tiba-tiba terasa ingin berkongsi tetang perbualan biasa [yg telah diedit kerna tak dapat ingat semuanya] dihujung minggu...

Tempat: sebuah rumah Islam yang permai
Hari: hujung minggu yang aman
Waktu: malam yang indah

Kami semua sedang sibuk menyiapkan tugasan masing-masing... sesekali terdengar suara memecah sepi... semuanya sedang cuba melawan rasa mengantuk...

D: Akak apa rasanya menjadi pendidik?
S: Rasa? Biasa je. Tapi banyak tanggungjawab.
D: Hmm... kenapa ye Allah beri kedudukan yang tinggi pada pendidik?
S: Sebab utama tu akak tak pasti... tapikan tau tak pendidik banyak tolong kita. Actually tugas didik dan beri ilmu ni tugas ibu bapa... tapi pendidik yang buat... Allah pesan 'ajarlah anak-anak kamu agar dia tak meminta2' dan semua tu pendidik yang buat... ada sorang ustaz tu pernah cakap sebenarnya setiap ibu bapa patut jumpa semua pendidik dan paling kurang ucapkan terima kasih pada pendidik sebab tolong selesaikan tugas mereka... kalu pendidik tak buat, dia akan dipertangungjawabkan kat akhirat nanti...
D:Ye ke... Saya tak pernah tau pun
S:Hehe... saya pun baru tahu.
D:Pada akak apa istimewanya pendidik?
S:Orang ckp pendidik ada byk kelebihan...untung kerja separuh hari, cuti sekolah banyak dan panjang... tapi bila jdi pendidik ni baru saya faham jiwa pendidik ni... pendidik ni amat istimewa... sebabnya dia sentiasa berfikir tentang anak2 murid dia... walau macam mana pun peribadi anak2 murid dia, dia mesti fikir apa yang dia boleh buat untuk bantu anak2 murid dia... dah balik sekolah pun dia fikir lagi... masa buat persediaan mengajar pun dia fikir 'apa lagi cara yang saya boleh guna untuk tolong murid2 saya'... masa cuti pun dia fikir 'agaknya murid2 saya sihat tak... kalau dia tak faham kerja rumah yg saya bagi dia nak tanya siapa ye?... kala berjalan-jalan dan dia jumpa sesuatu yang bermanfaat untuk anak2 murid dia, mesti dia
beli... dalam fikirannya 'bagus jugak benda ni, boleh guna untuk anak murid saya'... dan yang paling istimewa... andai dia pegang satu kelas dia akan ingat 30-40 orang anak murid dia... dan kalu dia ada 3 atau 4 kelas pun dia akan berfikir tentang semua anak murid dia.. tak kiralah semua tu jumlah dia 100, 200 atau lebih lagi... bayangkanlah, kalau adik beradik kita dalam belas2 orang pun kita tak boleh nak fikir untuk semua...tapi seorang pendidik sebenar sentiasa memikirkan beratus-ratus anak murid setiap masa...
D: Ya Allah akak! Saya tak pernah tahu pendidik tu rasa macam tu... Mesti cikgu-cikgu saya rasa macam tu kan dulu... patutlah pendidik ni mulia sangat di sisi Allah... Saya tak tahu saya mampu ke tak jadi pendidik...
S: Well, semua orang adalah pendidik... apabila dia mengajarkan sesuatu yang tidak kita ketahui, orang tu dah jadi pendidik sebenarnya... InsyaAllah, semua orang mampu jadi pendidik, tapi sama ada anak murid kita terdidik dengan cara kita mendidik, belum tentu lagi...

Semua terdiam.... tangan-tangan makin ligat kerna malam makin larut...

Wallahu'alam

~ impian vs kenyataan ~

dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

Saban hari kita berhadapan dengan impian dan kenyataan... kehidupan adalah sebuah kenyataan... dan dalam kehidupan kita semua mempunyai impian... ada impian mampu menjadi kenyataan... namun ada juga impian terus menjadi sebuah igauan semata-mata...

Ada sahabat berpesan kepada saya;
'Sebuah impian tanpa usaha hanyalah angan-angan yang sia-sia, tapi impian yang disertakan dengan usaha bakal menjadi cita-cita yang mampu digapai dengan izin-Nya'

Lalu ramai bertanya:
'Saya dah lakukan semuanya. Tapi mengapa saya tak dapat apa yang saya mimpikan? Allah kata Dia takkan mengubah sesuatu kaum selagi dia tak berusaha untuk mengubahnya. Lalu, mengapa saya tak memilikinya setelah saya berusaha bersungguh-sungguh? Bukankah janji Allah itu benar???!!'

Mungkin ramai yang rasa begini. Saya juga pernah kecewa apabila yang saya usahakan tak berjaya. Tapi kata2 ini amat menenangkan hati

'Kita merancang dengan cita-cita, tapi Allah merancang dengan cinta-Nya'

Benar, kerana sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Allah itu sangat luas dari apa yang kita miliki, maka segala takdir-Nya adalah untuk kebaikkan kita...

Ingatlah, Allah menjawab segala doa kita;
1) JawabNya 'ya' dan Dia memaqbulkan segalanya
2)JawabNya 'sabar' dan Dia mengurniakannya pada waktu yang sesuai
3)JawabNya 'tidak' dan Dia menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik lagi

Maka apabila apa yg kita usahakan tidak berhasil, yakinlah Allah menilai usaha kita bukan hasilnya... benarlah Allah itu Maha Adil...

Kala bersedih, ingatlah tidak semua yg kita usahakan akan membawa pulangan yang hebat pada waktu itu... Rasulullah sendiri tidak berjaya mengislamkan bapa saudara yang dikasihinya, tapi baginda tak pernah berhenti berusaha...

Ingatlah pesanan sahabat Rasulullah; Ali R.A.
'Jika apa yang kamu senangi tidak terjadi, maka senangilah apa yang terjadi [kerna ianya datang dari Allah yang Maha Sempurna]'

Wallahu'alam

Rabu, 22 April 2009

~ persahabatan ~

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

Erti persahabatan tak pernah lupus dalam jiwaku, meskipun nilai - nilainya pudar dibawa arus masa.Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri…tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti...kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa’ dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? Seperti, dia juga tahu rasa kecewa…tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kita, kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu.

Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Di sebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, di sebalik ketenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan…kita tidak tahu…tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

Jika anda bersahabat, bersiaplah untuk berkorban demi sahabat anda. Jika anda bermusuhan dengan sahabat anda, bersiaplah untuk mengalah demi persahabatan kalian. Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan, tetapi persahabatan tidak akan ada tanpa rasa hormat. Ini merupakan salah satu hal yg membuatkan sesuatu persahabatan itu lebih berharga daripada cinta.

~ sibuk ~

dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan juga matiku hanyalah kerana Allah Assalamualaikum...

dah lama tak update blog... sibuk skit.. (sibukkah saya?)
another sajak yg sy jupe & menyentuh hati ini...

Tahukah kau tentang Sulaiman
yang merajai tanah dan lautan
yang memimpin jin dan insan
yang sentiasa sujud pada Tuhan?

Terdengarkah kau tentang Daud
yang melentur besi menjadi lembut
dan sungai berhenti mengalir
bila suaranya melagukan syair?

Kenalkah kau kepada Ayub
yang terlantar seumur hidup
luluh daging di tubuh yang longlai
dalam bernafas diri terkulai?

Lalu kerajaan mana yang kau perintahkan
dan semerdu mana lagu yang kau nyanyikan
dan separah mana penyakit yang kau deritakan
hingga alpa kepada Tuhan?

* terasa sgt bila baca sajak ni... especially rangkap akhir tu... terasa malu bile teringat... ibadah kurang kerana sibuk dgn kerja dunia sahaja... adakah kita benar2 sibuk atau buat2 sibuk? jgn kata kite t'lalu sibuk utk m'belek Al-Quran pabila kita ada masa utk tulis/baca blog (dush..kena kat diri sendiri) *

Selasa, 14 April 2009

~ pilihan ~

dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

maaf
andai yang jadi pilihanku
bukan yang disenangimu

pilihanku
kerna itu kesenangan Rasulku
bukan kerna kesenanganmu

maaf
andai yang jadi pilihanku
canggung di matamu

pilihanku
cukup jadi keredhaan ikutanku
tak perlu puji sanjungmu

maaf
aku adalah aku
tak mungkin jadi kamu

- Ya Allah, beri aku tabah, terus melangkah, biar susah, biar payah, biar penuh sumpah seranah, kerna alam makin parah -

Ahad, 12 April 2009

~friendship as lovely as a delicate flower~

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih
sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan juga matiku hanyalah kerana Allah Assalamualaikum...

As most of weekends, I will meet my friends. Some of them are old-worn friends that I really feel comfortable with, while others are new-freshly-out-of-the-box friends that I instantly feel comfortable with. It is the time we sit and shared everything together; stories, meals, pillow etc. Last weekend I had an interesting conversation (maybe it is for me, not for you)

And one of my new-freshly-out-of-the-box friends asked me, "How long have you known them?" (she's referring to my old-worn friends)

"It varies. Some of them I've known for years. While others are only few months." I replied.

"Few months? Only a few months? How can you be that close with them? Didn't all of you come from different places with different background?" she is obviously shocked.

"Well, my dear, the foundation of our relationship is not something usual; it is based on our aqidah. It is solely because of Allah. Something that has solid foundation will go a long way in special way."


Have you ever came across a fellow muslim that you automatically "clicked" with?
A sense of familiarity with them without even a known past together?
A sense of tranquility they bring to your heart just by speaking to them for the sake of Allah(SWT)?
Encourgement to become closer to Allah(SWT)?
Feels like your soul is naturally attracted to their company?
That's a soul that love for Allah's sake

"Souls are like conscripted soldiers. All the armies of the souls had once been assembled together. Those who recognized one another in that realm have a mutual affection in this world while those who had developed no affinity there, remain strangers even here."[Bukhari Muslim]

At times, we found new friends. Without realising, we are willing to tell them about things that we hardly ever shared before. And wonder why do we feel so comfortable together. Well, there is the answer. Surely Allah has all the answers. Allahuakbar.

~saya terlalu amat sangat rindu pada kalian yang berada di seluruh pelusuk dunia...moga kita dipertemukan kembali suatu hari nanti...andai bukan di dunia, moga di syurga kita kan bersama... amin~