Isnin, 28 Jun 2010

~yang menyuburkan jiwa~

dengan nama Allah yang Maha mengetahui lagi Maha mengingat

Sesungguhnya jiwa ini rindu pada tanah peti sejuk itu...'tanah amali'... tanah yang amat menyuburkan jiwa yang gersang tatkala itu... lalu pengalaman hujung minggu lalu membawa memori lalu yang amat menyuburkan jiwa... oleh kerana kekangan masa dan ruang, diri ini kembali merasakan betapa indahnya Deen ini... kala anggota tubuh sujud mencium bumi, terasa betapa dekatnya hamba padaMu... hati pun berdetik 'sesungguhnya tanah yang saban hari diijak-injak ini sebenarnya adalah aku... dan ia lebih dekat denganMu Ya Allah kerana ketaqwaannya padaMu tak pernah sekali dikhabarkan pada 'tanah di tepi' apatah lagi 'tanah seberang'...

Dan dalam kesibukan manusia memuja manusia di tengah lautan manusia yang beribu, Kau temukan kami, jiwa-jiwa yang saling merindu... senyuman yang terpancar bagai suria yang bersinar dan dakapan hangat itu amat-amat memberi nyawa pada 'tanah gersang' ini, titipan doa kalian umpama titisan hujan yang kian lama dinanti-nanti... sesungguhnya diri ini amat membutuhkan pertemuan itu...

Ya Allah seinfiniti kesyukuran kupanjatkan padaMu... terima kasih Ya Allah buat satu malam minggu yang amat menyuburkan jiwa...

Ahad, 27 Jun 2010

~ikhlas itu yang utama~

dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang

"semua manusia itu binasa kecuali yang berilmu,
yang berilmu itupun buta - tak kenal arah kecuali yang mahu mengamalkannya,
dan yang mahu mengamalkannya pun akan sia-sia kecuali yang mengamalkannya dengan penuh ikhlas"

Hassan Al-Banna

Khamis, 3 Jun 2010

~ ingatan dariNya (4) ~

dengan nama Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat

Dan siapakah yang lebih baik perkataanya darpada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal soleh dan berkata 'Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.' Tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang di antaramu dan dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang setia

(Fussilat:33-34)

Selasa, 25 Mei 2010

~andai ada waktu terluang~

dengan nama Allah yang Maha Berkuasa


pesan nenda

andai ada waktu terluang

mampirlah ke mari

akan aku lagukan simfoni Illahi

agar kau kenal Dia & sifat-sifat kebesaran-Nya



pesan nenda

adai ada waktu terluang

mampirlah ke mari

akan aku senandungkan ceritera para pesuruh-Nya

agar kau kenal ketaatan & ketabahan mereka



pesan nenda

andai ada waktu terluang

mampirlah ke mari

akan ku puisikan kisah para sahabat

agar kau kenal sejarah Kita; jatuh bangunnya



saban waktu

aku tak pernah mampir

ujarku "aku sibuk sekali, lain kali ya nenda"



& hari ini tatkala aku mampir

tubuhmu kaku, bibirmu bisu

buat selamanya

& aku tertanya sendiri


bagaimanakah simfoni Illahi itu?

apakah ceritera pesuruh-Nya itu?

siapakah para sahabat itu?


& aku tinggal tertanya

benarkah aku ngak pernah punya masa terluang

walau sedikit, walau sedetik …



(!_!)

Sabtu, 22 Mei 2010

~siput~

dengan nama Allah yang Maha Berkuasa lagi Maha Memiliki

siput-siput itu
engsotnya satu-satu
walau lambat
tapi langkahnya pasti

rumah dijunjungnya
walau hujung dunia
tujunya

benar
biar lambat asal selamat

namun
sampai bila mahu begini
menjunjung pondok tak bertanah

sampai bila
mahu melangkah
satu
demi
satu

mereka dah ke depan
siput masih mengengsot
pelan-pelan

andai mentari dah terbenam
mungkinkah sampai
penghujung garisan?

22510
hujan renyai
p5

Ahad, 16 Mei 2010

~I’m glad I’m a teacher~

dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah

I’m glad I’m a teacher.

I would rather be a teacher than a statesman
For he deals with finished citizens
I deal with future citizens

I would rather be a teacher than a great business executive
For he works with facts and figures and lifeless coins
But I work with mind that live and open
With the future that unfolds and principles that grow


I would rather be a teacher than any explorer
For he explores uncharted seas
But I explore uncharted minds
And discover treasure islands
And continents of untold possibilities


I would rather be a teacher than a scientist
For though he studies the wonders of the rocks
And the beauty of the stars
And the miracles of planets
And the glory of the skies
I deal with that which is still more miraculous
In the throbbing human hearts, unfolding human lives
And the formation of lifetime character.


Source -> an English teacher

Selasa, 11 Mei 2010

~orang tamak selalu rugi~

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pemberi Rezeki

'orang tamak selalu rugi, macam anjing dengan bayang-bayang'

Selalu kan kita dengar kata-kata tu. Masa kanak-kanak dulu cikgu selalu cerita pasal 'Anjing dengan Bayang-bayang'. Kala itu selalu ingat tamak hanyalah berkaitan dengan harta benda.

Tapi hari Ahad lepas, say dengar tazkirah dari seorang ustazah... Katanya manusia ni selalu tamak pabila berdoa... Eh, berdoa pun kira tamak ke? Macam mana nak tau saya ni tamak berdoa atau tidak?

Sebenarnya seseorang tu dikira tamak berdoa pabila dia berdoa hanya untuk dirinya sahaja. Sesungguhnya kita digalakkan untuk berdoa kepada orang lain seperti ibu bapa, saudara mara, sahabat handai dan juga umat Islam seluruhnya.

Jika kita berdoa hanya untuk diri sendiri, doa-doa kita kemungkinan akan lambat dimakbulkan. Sesungguhnya doa seorang sahabat buat sahabatnya, yang tidak diketahui oleh sahabatnya itu, ada kemungkinan lebih cepat dimakbulkan. Jadi semoga kita tak jadi orang-orang yang tamak ketika berdoa. Berdoalah untuk orang lain juga. Semoga orang lain juga akan mendoakan kita. Amin.

Wallahu'alam