Isnin, 28 Februari 2011

~ sebenar-benar usaha~

Hari itu saya nak K.Lumpur, ada hal sikit. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan.

Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul di hadapan.

'Abg nak beli kuih?' Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

"Tak apalah dik...abg dah pesan makanan," jawap saya ringkas. Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abg dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abg baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, dia meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya.. "Tak nak beli kuih saya bang..Pakcik...kakak atau makcik." Molek budi bahasanya!

Mamak restoran itu pun tidak menghalng dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha.

Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun.

"Abg dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." Katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah..! tak payah abang beli kuih tu" saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik berikan duit abg tadi pada pengemis tu? Duit tu abg bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya. "Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abg nak beli semua ke?" dia bertanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata. "RM25 saja bang.....!

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya ke dalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke K.Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah?? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirkannya?? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan. Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, SIAPA KITA SEBENARNYA??!!

Sabtu, 12 Februari 2011

~sedalam mana cintamu~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Dengan wajah muram seorang murid bersimpuh di hadapan syeikhnya. Sang Syeikh dengan wajah dan suara berwibawa bertanya kepadanya, "Apakah gerangan merisaukanmu?"

"Wahai syeikh, sudah lama aku ingin melihat wajah Nabiku walau hanya lewat mimpi. Namun, sampai sekarang keinginanku belum juga terkabul," jelas si murid.

"Ooo...rupanya itu yang kau inginkan. Tunggu sebentar...," Sang Syaikh mengeluarkan pena, kemudian menuliskan sesuatu untuk muridnya. "Ambil ini dan bacalah setipa hari seribu kali, InsyaAllah kau akan bertemu dengan Nabimu," ujar Sang Syeikh.

Dengan wajah berseri pulanglah si murid membawa catatan itu. Namun, setelah beberapa minggu, kembalilah si murid ke rumah syeikhnya memberitahukan bahawa bacaan yang diberikan oleh Tuan Syeikh itu tidak menghasilkan apa-apa. Sang Syeikh segera memberikan bacaan lain. Namun, beberapa minggu kemudian muridnya kembali dengan lesu memberitahukan bahawa bacaan itu pun masih belum menghasilkan apa-apa.

Setelah diam beberapa saat, berkatalah Sang Syeikh, "Nanti malam datanglah engkau ke mari. Aku mengundang makan malam."

Sang murid mengganguk kemudian pulang ke rumahnya. Setelah tiba saatnya, pergilah dia ke rumah Sang Syeikh bagi memenuhi undangannya. Dia merasa hairan melihat Syeikhnya hanya menghidangkan ikan asin sahaja.

"Makan, makanlah semua ikan itu. Jangan disisakan sedikit pun!" kata sang Syeikh pada muridnya. Disebabkan dia tergolong dalam kalangan murid yang taat, maka dia menghabiskan semua ikan asin yang ada. Selesai makan dia merasa kehausan yang luar biasa kerana memang ikan asin membuat orang mudah kehausan. Dia segera meraih segelas air sejuk yang ada di hadapannya.

"Letakkan kembali gelas itu!" perintah Sang Syeikh. "Kamu tidak boleh minum air itu sehingga esok pagi, dan malam ini kamu tidur di rumahku!" arah sang Syeikh lagi.

Dengan penuh rasa hairan si murid menuruti perintah syaikhnya. Malam itu dia tidak dapat tidur. Lehernya serasa tercekik kerana kehausan. Dia membolak-balikkan badannya, sehingga dia tertidur kerana kelelahan. Apa yang terjadi? Malam itu dia bermimpi, Syeikhnya menghulurkan segalas air sejuk. Setelah minum, dia terjaga dari tidurnya. Mimpi itu sangat nyata. Seakan benar-benar terjadi padanya.

"Apa yang kamu mimpikan?" tanya Sang Syeikh yang berdiri tidak jauh darinya.
"Syeikh aku tidak memimpikan Nabiku, aku mimpi minum air!" jelas si murid.

Tersenyum Sang Syeikh mendengar jawapan muridnya. Kemudian dengan bijaksana dia berkata "Jika cintamu pada Nabi seperti cintamu pada air sejuk itu nescaya kamu akan memimpikannya."

Menangislah si murid. Dia baru sedar ternyata dalam hatinya belum cukup rasa cinta kepada Nabi. Di a masih lagi mencintai dunia daripada Nabi. Masih banyak meninggalkan sunnahnya. Dia masih belum meneladani akhlaknya. Dia masih lebih mencintai air.

-dipetik dari novel Qasidah untuk Kekasih

p/s-tak pandai berqasidah, hanya mampu berselawat... Ya Allah bantulah aku untuk mencintaiMu dan kekasihMu melebihi segala-galanya...amin...