Sabtu, 14 Ogos 2010

~tarbiyah Ramadhan~

dengan nama Allah yang Maha Melihat lagi Maha Mendengar

kata seorang kawan

.:Tarbiyah Ramadhan:.
beribadah secara realiti, bukan hanya dalam mimpi

*saat paling utama adalah pada tengah malam yang akhir*

Jumaat, 13 Ogos 2010

~adakah Ramadhan buat kita~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Begitulah Ramadhan berkunjung lagi
Pada keriuhan kita dengan kehidupan dini
Ramadhan menyapa kita penuh bersahaja,
Serta mengingatkan kita,
Sudah tiba masanya untuk kita bermusafir bersamanya.
Namun adakah benar kita memaknainya?
atau menganggapnya seperti satu perjalanan biasa sahaja?
Begitulah kita.
Berbeza dengan mereka
Mereka para sahabat Rasul tercinta
Mereka menyambut ramadhan dengan air mata
RIntihan taubat dan serta kemerduan alunan Al-quran
Sedangkan kita menyambut Ramadhan
dengan pelbagai menu dan resepi baru juadah berbuka
Mereka menyambut ramadhan dengan ketaatan,
Serta lamanya berdiri di atas sejadah
Kita menyambut ramadhan
dengan pembaziran menggila
serta lapar dan dahaga.
Bezanya kita dengan mereka
Mereka ternanti-nantikan kedatangan bulan ini
Untuk menyedut rahmahNya
menyedut maghfirahNya
Serta menyedut perlepasan dari api nerakaNya
Sedangkan kita
menantinya dengan keperitan.
‘Ah, sebulan kene berlapar dan dahaga!’
Tapi takpe pada kita: raya akan kunjung tiba!
Boleh peragakan baju dan langsir baru
Serta handbag dan kasut baru
Alangkah bezanya kita dan mereka!
Pemergian ramadhan bagi mereka ditangisi air mata
Pemergian ramadhan bagi kita diiringi sorak ria
serta juadah raya
Masjid nabawi dan Baitul Haram pasti dipenuhi barisan safff manusia
di sepertiga akhir ramadhan
Pesta ibadahnya meriah
dengan tarawikh dan tahajud
serta tilawah Alquran
Lailatul Qadr dicari-cari pada malam ganjil
Sehinggalah para sahabat bertemu dengannya
merasai kenikmatan seribu bulan itu.
Sedangkan masjid kita suram belaka,
Semu dari ibadah, solat mahupun al-Quran.
seolah-olah kita lupa akan sebuah hakikat.
Apakah ada ramadhan buat kita?
Muharikah
Glasgow
20/7/10

Selasa, 10 Ogos 2010

~sujud pembebasan~

dengan nama Allah yang Maha Hebat lagi Maha Agung

sujud itu menundukkan dahi,tetapi
memuliakan dan meninggikan muslim yang bertasbih padaNya
si jahil menyangkanya belenggu ke atas hamba
tetapi,sujudlah yang memusnahkan segala belenggu-belenggu itu
padanya,semua makhluk akan tunduk kepada muslim yang sujud
seluruh alam takut kepada kata-kata dan perbuatannya
wajah dan seluruh anggota melekat di bumi
tetapi ia menggoncangkan gunung-gunung
meruntuhkan syirik dan was-was dalam diri
tetapi,ia juga membangunkan generasi-generasi
dalam diam,kerana hati ada perjalanan yang menundukkan bumi
lantaran kehebatan dan kebesaranNya
sujudnya hanya kepada Allah
ia mengesakanNya,lalu mantap dan kuat
menghapuskan setiap penzalim yang sombong
barangsiapa yang menghayati sujud ini,
dia menikmati kepimpinan dan ketuanan di muka bumi,
dengan keagungannya,rahmat dan keindahannya.

-abdul wahab azam-