Selasa, 25 Mei 2010

~andai ada waktu terluang~

dengan nama Allah yang Maha Berkuasa


pesan nenda

andai ada waktu terluang

mampirlah ke mari

akan aku lagukan simfoni Illahi

agar kau kenal Dia & sifat-sifat kebesaran-Nya



pesan nenda

adai ada waktu terluang

mampirlah ke mari

akan aku senandungkan ceritera para pesuruh-Nya

agar kau kenal ketaatan & ketabahan mereka



pesan nenda

andai ada waktu terluang

mampirlah ke mari

akan ku puisikan kisah para sahabat

agar kau kenal sejarah Kita; jatuh bangunnya



saban waktu

aku tak pernah mampir

ujarku "aku sibuk sekali, lain kali ya nenda"



& hari ini tatkala aku mampir

tubuhmu kaku, bibirmu bisu

buat selamanya

& aku tertanya sendiri


bagaimanakah simfoni Illahi itu?

apakah ceritera pesuruh-Nya itu?

siapakah para sahabat itu?


& aku tinggal tertanya

benarkah aku ngak pernah punya masa terluang

walau sedikit, walau sedetik …



(!_!)

Sabtu, 22 Mei 2010

~siput~

dengan nama Allah yang Maha Berkuasa lagi Maha Memiliki

siput-siput itu
engsotnya satu-satu
walau lambat
tapi langkahnya pasti

rumah dijunjungnya
walau hujung dunia
tujunya

benar
biar lambat asal selamat

namun
sampai bila mahu begini
menjunjung pondok tak bertanah

sampai bila
mahu melangkah
satu
demi
satu

mereka dah ke depan
siput masih mengengsot
pelan-pelan

andai mentari dah terbenam
mungkinkah sampai
penghujung garisan?

22510
hujan renyai
p5

Ahad, 16 Mei 2010

~I’m glad I’m a teacher~

dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah

I’m glad I’m a teacher.

I would rather be a teacher than a statesman
For he deals with finished citizens
I deal with future citizens

I would rather be a teacher than a great business executive
For he works with facts and figures and lifeless coins
But I work with mind that live and open
With the future that unfolds and principles that grow


I would rather be a teacher than any explorer
For he explores uncharted seas
But I explore uncharted minds
And discover treasure islands
And continents of untold possibilities


I would rather be a teacher than a scientist
For though he studies the wonders of the rocks
And the beauty of the stars
And the miracles of planets
And the glory of the skies
I deal with that which is still more miraculous
In the throbbing human hearts, unfolding human lives
And the formation of lifetime character.


Source -> an English teacher

Selasa, 11 Mei 2010

~orang tamak selalu rugi~

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pemberi Rezeki

'orang tamak selalu rugi, macam anjing dengan bayang-bayang'

Selalu kan kita dengar kata-kata tu. Masa kanak-kanak dulu cikgu selalu cerita pasal 'Anjing dengan Bayang-bayang'. Kala itu selalu ingat tamak hanyalah berkaitan dengan harta benda.

Tapi hari Ahad lepas, say dengar tazkirah dari seorang ustazah... Katanya manusia ni selalu tamak pabila berdoa... Eh, berdoa pun kira tamak ke? Macam mana nak tau saya ni tamak berdoa atau tidak?

Sebenarnya seseorang tu dikira tamak berdoa pabila dia berdoa hanya untuk dirinya sahaja. Sesungguhnya kita digalakkan untuk berdoa kepada orang lain seperti ibu bapa, saudara mara, sahabat handai dan juga umat Islam seluruhnya.

Jika kita berdoa hanya untuk diri sendiri, doa-doa kita kemungkinan akan lambat dimakbulkan. Sesungguhnya doa seorang sahabat buat sahabatnya, yang tidak diketahui oleh sahabatnya itu, ada kemungkinan lebih cepat dimakbulkan. Jadi semoga kita tak jadi orang-orang yang tamak ketika berdoa. Berdoalah untuk orang lain juga. Semoga orang lain juga akan mendoakan kita. Amin.

Wallahu'alam

Selasa, 4 Mei 2010

~ culas ~

dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

telah culas
melaksana suruhanNya
telah culas
menjauhi laranganNya
telah culas
tunduk patuh padaNya
telah culas
tubuh dan hatinya


dan sungguhlah
Sang Iblis jua
tak mungkir janjinya
tak pernah culas
memujuk dan merayumu
agar culas senantiasa

*ingatlah saat dirimu berat melaksana ibadat, iblis tak pernah berehat*

adaptasi dari
http://najwaaiman.blogspot.com/2010/05/culas-jua.html

~ ikatan persaudaraan ~

dengan nama Allah yang Maha Melihat lagi Maha Mendengar

aku membaca wahyuNya

“Sungguh setiap mukmin itu bersaudara”

Aku mula faham, persaudaraan itu tidak perlu diperjuangkan.


Kerana,
1. Ketika ikatan itu semakin lemah.
2. Ketika keakraban semakin rapuh.
3. Ketika salam terasa menyakitkan.
4. Ketika kebersamaan terasa seperti siksaan.
5. Ketika pemberian umpama bara api.
6. Ketika berpelukan terasa hambar.
7. Ketika kebaikan justeru melukai.

Aku makin faham, yang koyak bukanlah ukhuwwah kita.


Hanya iman-iman kita yang sedang sakit atau menjerit.
Mungkin kedua-duanya atau mungkin kau sahaja.
Tentunya yang lebih kerap, imankulah yang semacam kain buruk.

~ berapakah harga diri anda? ~

dengan nama Allah yang Maha Berkuasa

Pernahkah anda terfikir untuk menjual diri anda?
Jika anda ingin menjualnya, berapa harga yang anda pinta?
Adakah anda percaya ada orang yang akan membelinya?

Usah pening kepala memikirkan jawapannya!
Sesungguhnya ada yang sedia membeli diri anda!
Harganya?
Tidak tergambar oleh anda!
JANNAH!

Tahukah anda apa itu JANNAH?

Suatu tempat yang luasnya antara langit dengan bumi
Keindahannya tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas di benak manusia.
Bayang sebatang pokok sahaja tidak mampu dilepasi oleh penunggang kuda paling pantas yang berlari tanpa henti selama 100 tahun!

Bersediakah anda untuk menjual diri anda kepada pembeli tersebut?
Itulah satu-satunya tawaran yang anda pernah terima sepanjang hayat anda.
Jika anda menolaknya maka tiada lagi tawaran selepas ini dari mana-mana pihakpun
Dan kalau ada, pastinya tidak akan ada yang mampu membayar harga yang lebih mahal daripada itu.

Kini, pilihan di tangan anda!
Nak jual atau tidak?
Kalau nak jual, sekaranglah masanya sebelum kaunter urusniaga ditutup.
Segeralah rebut.
Jika sudah bersedia, lafazkanlah aqad jual beli:

(أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله)

Selepas itu siapkan diri anda untuk berperang menegakkan agama Allah, membunuh dan terbunuh.
Bukan itu sahaja.
Anda juga perlu hiaskan diri seindah-indahnya dengan perhiasan yang digemari oleh pembeli anda, iaitu taubat, ibadat, memuji-muji namanya, berpuasa atau mengembara, membanyakkan solat (rukuk dan sujud), menyuruh ma’ruf, mencegah mungkar dan memelihara serta mempertahankan batasan-batasan agamanya.

Intisari suarah At-Taubah 9 ayat111 dan 112

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. (111)

(Mereka itu ialah): Orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian)." (112)


http://zaadut-taqwa.blogspot.com/