dengan nama Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa
waktu memandu, buka tingkap kereta. waktu berjalan kaki di tepi jalan. semasa mengemas rumah dan menyapu sampah.
kita tidak mencari habuk dan debu. bukan nakkan dia. tapi debu dan habuk tu menerobos masuk ke dalam kereta dan memenuhi ruang, hinggap di atas kepala, muka kita dan dashboard kereta. sewaktu berada di tepi jalan, tetiba angin bertiup atau ada kenderaan berlalu laju lalu menerbangkan debu dan habuk kepada kita. bukan kita jangkakan, namun kita yang jadi mangsa dan mendapat tempias habuk itu.
jika diterjemahkan ke dalam setiap detik kehidupan kita, dosa dosa kecil seumpama debu jalanan yang berterbangan. samada kita suka atau tidak. samada kita cari sendiri atau sekadar mangsa. samada kita tahu atau tidak sedar. dosa dosa kecil singgah dan melekat kepada kita. menghitamkelamkan mata hati nurani setiap anak adam yang beriman. sebagai sebahagian ujian tingkat keimanan.
di penghujung hari, kita mandi dan membersihkan muka, kaki dan seluruh badan daripada habuk dan debu daripada persekitaran yang kita lalui. agar kotoran itu tidak bertapa dan menjadi daki jika dibiarkan.
kesempurnaan solat 5 kali sehari diumpamakan sebagai mandi yang mensucikan diri daripada dosa dosa kecil yang berlaku kepada kita. bayangkan betapa bersihnya kita jika mandi 5 kali sehari!
BERDOA
11 tahun yang lalu