Khamis, 30 Julai 2009

~ lupa, leka atau terbiasa ~

dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

tatkala mata memandang keindahan alam
perkataan 'Wah!'
sering mendahului 'Subhanallah'

tatkala pensel terlepas dari tangan
perkataan 'Oopps'
selalu sahaja mendahului 'Astagfirullah hal adzim'

tatkala berita buruk dikhabarkan
perkataan 'Kesian'
yang meluncur mendahului 'Innalillah'

kadangkala kite terlupa
ada masa kite terleka
mungkin juga kerna terbiasa

namun
moga tatkala maut menjemput
kalimah suci 'Laillah ha illallah'
mendahului segala kalimah

Rabu, 29 Julai 2009

~ pencorak kain ~

dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

kala pagi yang hening
seorang penjual kain
menanti di depan pintu
pintanya belilah kain yang satu ini
kain yang sedikit cacat
telah terpercik warna hitam di permukaannya

rayuannya menyayat hatiku
mengigit sukmaku
lalu kuterima tawaran itu
walau ku tak tahu
apa yang mampu ku laku

lalu saban hari
aku mencorak kain itu
dengan warna baru
adakalanya dengan belaian penuh mesra
adakalanya dengan amarah yang membara
aku cuba segalanya
menutup tompok2 hitam itu

sangka ku
tompok2 hitam itu tak akan mengganggu
hanya kan jadi hiasan tak terpandang
malangnya
tompok2 itu bernyawa lagaknya
meresap dalam
merebak ke seluruh urat benang
membesar hari demi hari

sudah puas ku laku segala termampu
segala warna telah ku lakar
segala teknik telah ku tempa
namun hasil akhirnya
hitam likat legap tak terbayang

Ya Allah
habis sudah dayaku
lesap sudah tenagaku
tepu sudah mindaku
lesu tak bermaya

Maka buat sekian kalinya
hanya doa mampu ku kirim
seiring pemergianmu
walau bukan itu hendakku
tapi demi masa depan mu
demi yang terbaik buatmu

moga suatu hari nanti
kita kan bertemu lagi
dan semoga kala itu
kain mu indah berwarna warni
seindah pelangi

Isnin, 27 Julai 2009

~ benarkah bagai dikata? ~

dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

Dari kecil aku dah diberitahu... Allah itu Maha Kuasa.. hanya Dia yang patut digeruni...
Maka aku pun mengangguk-anggukan kepala...mengulang-ngulang frasa itu 'Allah Maha Kuasa'... Tapi aku cukup tak faham bila senja tiba... aku dimomok-momokkan... cepat masuk nanti kena sorok dengan hantu pisang... lalu aku pun berlari-lari anak...masuk ke rumah..semuanya gara-gara takutkan hantu pisang...

Pabila aku sudah bersekolah...ustaz ustazah mengajarku aku...kata mereka Allah itu Maha Kuasa... hanya Dia yang mampu memberi musibah pada semua... Maka aku pun mengangguk-anggukan kepala...mengulang-ngulang frasa itu 'Allah Maha Kuasa'... tapi aku cukup tak faham... suatu malam... 'senior' mengumpul kami dalam satu bilik... aku dimomokkan lagi... 'senior'lah yang 'berkuasa' di sini... andai kamu mahu hidup kamu senang di sini... ikut cakap kami... jika tidak...kan meranalah diri... dan aku tunduk patuh, pada setiap kata suruh... gara-gara takutkan hidup ku disusahkan 'senior'...

Kala aku ke luar negara... ibu bapaku berpesan padaku... hanya Allah yang Maha Kuasa... hanya Dia yang mampu membantu kamu... Maka aku pun mengangguk-anggukan kepala...mengulang-ngulang frasa itu 'Allah Maha Kuasa'... hanya Dia mampu membantu aku... tapi kala ujian menimpa diri.. aku berlari ke sana sini... mencari manusia-manusia biasa... meminta itu dan ini... kerna takut hidup di dunia tak sesenang mana...

aku jadi2 tertanya-tanya... mengapa ucapan itu tak terkesan di hati... mengapa susah memaknakan apa yang diajarkan... hinggalah aku mengenal dakwah dan tarbiyyah yang sebenar... yang mengajar aku merasa dengan hati, melihat dengan hati, mendengar dengan hati, dan melaksanakannay dengan hati juga... maka baru ku rasa 'kebesaran' itu Ya Allah.

~ ada pada ~

dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

ketenangan ada pada jiwa yang mengingati-Nya
kekayaan ada pada jiwa yang memberi kerana-Nya
kebahagian ada pada jiwa yang bersyukur pada-Nya
kesabaran ada pada jiwa yang percaya pada janji-Nya
kebebasan ada pada jiwa yang menghambakan diri hanya pada-Nya

Ahad, 26 Julai 2009

~ benarkah kita telah bersyukur? ~

dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

Kita yakin bahawa sungguh banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Namun, mungkin sebagian besar besar daripada kita belum tentu yakin telah berterima kasih dengan sebenar-benarnya sesuai kehendak Maha Pencipta. Bahkan mungkin banyak antara kita yang masih menganggap nikmat Allah adalah hanya pemberian Allah berupa rezeki. Oleh kerana itu, banyak antara kita yang bersyukur atau mengucap syukur ‘hanya’ ketika beroleh rezeki. Sedangkan masih banyak kriteria lain yang mengharuskan seseorang itu bersyukur.

Sebelum kita mengukur diri, sejauh mana kita telah menunjukkan rasa syukur kita kepada Allah, kita harus memahami bentuk dan maksud dari pengungkapan ‘syukur’ itu sendiri. Dalam Al-Quran dijelaskan bahawa maksud dari ungkapan syukur kepada Allah adalah sedaya upaya sedar kita untuk memfungsikan penglihatan, pendengaran dan hati secara benar. Hal ini dinyatakan dalam Al-Quran, surah An-Nahl (16:78); yang ertinya: ‘Sesungguhnya Allah telah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati agar kamu bersyukur.’

Dari ayat tersebut kita memahami bahawa bentuk dan cara bersyukur bukan hanya hanya ucapan di mulut atau melakukan sujud syukur, tapi melibatkan seluruh proses diri khususnya penglihatan, pendengaran dan hati. Oleh sebab itu, seseorang yang memelihara pendengaran dengan menggunakannya kepada hal-hal yang baik; dan yang memfungsikan hati sesuai kehendakNya, dialah orang yang telah bersyukur.

Dengan demikian, orang-orang yang tidak memfungsikan pendengaran, penglihatan dan hati secara benar adalah orang-orang yang lalai. Ini dinyatakan dalam surah Al-A’raf (7:179), yang bermaksud: ‘Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakkannya dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak menggunakannya untuk memahami ayat-ayat Allah dan mereka mempunyai mata tetapi tidak digunakan untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah, dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak digunakan untuk mendengar ayat-ayat Allah. Mereka itu laksana binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Berdasarkan firman-firman Allah tersebut, ia mengubah persepsi kita tentang bentuk dan cara bersyukur. Jangan-jangan ucapan hamdalah dan sujud syukur kita selama ini sebagai tanda syukur tidak sampai kepada Allah, kerana kurang lengkap atau belum menepati kriteria Al-Quran dan sunnah. Mungkin saja Rasulullah memerintahkan kita mengucap hamdalah dan melakuan sujud syukur sebagai tanda ungkapan syukur kepada Allah dan dalam masa yang sama pendengaran, penglihatan dan hati kita sudah berfungsi secara benar.

Namun, kemungkinan tersebut bukan bererti bahawa ucapan hamdalah dan sujud syukur ‘tidak bererti’, tetapi harus diiringi dengan pemungsian potensi dalam diri kita secara benar. Jangan sampai mulut kita mengucap syukur dan dahi kita menyentuh lantai, maksiat tetap terus berlaku. Bahkan jangan sampai bentuk syukur kita kepada Allah malah menjadi ‘kufur’ menurut pandanganNya. Selain itu, dalam sebuah hadis dikatakan bahawa yang paling pandai bersyukur kepada Allah adalah yang paling pandai beryukur kepada manusia. Jadi bagaimana dengan kita?

Persoalan seterusnya ‘bila kita harus bersyukur?’ Mungkin kita juga kadang-kadang tidak dapat menjawabnya. Setiap tahunkah? Setiap bulankah? Setiap minggukah? Setiap jam, minit atau detik? Ketahuilah bahawa dalam setiap nafas dari seluruh nafas ada syukur yang wajib atasmu.

Syukur yang paling rendah, antaranya adalah menyakini bahawa seluruh nikmat datangnya dari Allah, tidak menggunakan nikmat Allah untuk maksiat, dan tidak membangkang perintah Allah. Pengakuan dengan lisan yang tulus kepada Allah bahawa kita tidak mampu mencapai tingkat syukur yang paling rendah sekalipun. Dengan demikian, jika kita ingin mencapai hakikat syukur paling sempurna, tidaklah kita terlepas dari pemungsian potensi diri khususnya hati kita.

Oleh kerana itu, belajarlah untuk bersyukur dengan segala nikmat yang ada. Bersihkan diri khususnya hati adalah penting kita lakukan. Sehingga akan terbentuklah diri kita yang mampu bersyukur sebanyak helaan nafas kita selama ini. Amin.

Rabu, 22 Julai 2009

~ ilmu dan hawa nafsu ~

dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

"Kita sekarang berada di suatu zaman di mana hawa nafsu mengikut ilmu
dan akan tiba suatu zaman di mana ilmu mengikut hawa nafsu"

Di zaman manakah aku berada?
Apa maksudmu wahai hukama'?

Isnin, 20 Julai 2009

~ doa seorang peminjam ~

dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

dan hari ini
seperti hari-hari yang lain
air mata itu gugur di antara jari-jari
yang sedang menadah tangan
memohon kekuatan
memohon ketabahan
dari Dia
yang telah
mengatur setiap ketentuan


Ya Allah yang Maha Pemurah
yang memberi pinjaman segala keperluan
redhakanlah hati ini
pabila perlu
memulangkan yang telah dipinjam
atau meminjamkan pinjaman kepada peminjam yang lain

janganlah Ya Allah
Kau penuhi hati ini
dengan rasa ingin memiliki
dengan rasa mempunyai
kerna takdir setiap yang dipinjami
tiada yang kekal abadi

~ pinjam meminjam ~

dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

Bicara bonda:
"Segala benda di dunia ini hanyalah pinjaman dari Allah.
Bila-bila masa Dia boleh mengambilnya kembali
dan memberi pinjam kepada orang lain"


Kala cahaya remang-remang, burung-burung bergegas pulang ke sarang, bonda memulakan bicaranya. Bicara yang menyentuh sukma, menggugah rasa. Saya sering berbicara tentang perkara ini. Tapi amanat dari seorang bonda membuat 'merasa' apa yang sering diperkatakan. Pesan ini bukanlah sesuatu yang jarang didengar. Tapi mungkin jarang dihayati dengan sesungguhnya. Pabila sesuatu perkara berlaku kita jadi tak tentu arah, menyalahkan setiap orang, menangis sampai bengkak-bengkak mata. Bukannya tak boleh, namun bukankah lebih baik jika kita redha dengan segala yang telah berlaku. Ingatlah bahawa benda yang dipinjam itu telah diambil kembali oleh Tuannya. Maka hati kita akan tenang dan lebih mudah merelakannya.

Wallahua'lam

Selasa, 14 Julai 2009

~ hanya untuk jadi kaya ~

dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

Mencari kekayaan dan kesenangan dunia tanpa dibatasi dengan keimanan dan kemuliaan akhlak akan menjejaskan ketenteraman, mencalar keadilan dan menghakis kemanusiaan.

Keimanan berperanan besar dalam membatasi jiwa manusia yang sarat dengan sifat loba, tidak cukup dengan yang sedikit, tidak puas dengan yang banyak dan tidak memadai dengan yang halal


(al-Iman wa al-Hayah - Syeikh Yusuf al-Qaradhawy).

~ berlari bukan melarikan diri ~

dengan nama Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

aku
dan larian
tak boleh dipisahkan

aku
suka berlari
dan melarikan diri

tapi saat ini
tapi di jalan ini
aku mahu berlari
tapi bukan melarikan diri

aku ingin berlari
dan terus memecut lagi
di atas jalan yang satu ini

pandulah aku Ya Illahi
agar aku tak melencong lagi
tapi tetap terus tegap di jalan ini
walau sebesar gunung ujian yang mendatangi

-saya dah ada jawapan untuk murobbi saya 'Ya, saya mahu lari lagi, saya akan terus lari, tapi bukan melarikan diri!'...Ya Allah pasakkan kakiku di jalan ini, kerna aku tak sanggup tercicir lagi-

Isnin, 13 Julai 2009

~ mahu kuat? ~

dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

saya tak kuat
lalu saya memohon pertolongan
sahabat sy pesan 'mohonlah kekuatan dr Yang Maha Berkuasa'
lalu saya minta Allah pinjamkan kekuatanNya pada saya
dan Dia kurniakannya buat saya
Alhamdulillah
dengan pinjaman ini
segalanya menjadi mudah dan murah

Sabtu, 11 Julai 2009

~ they are here ~

dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

they are here
they are the faces that I miss

they are here
they are the ones that show me the way

they are here
they are here to stay

-Ya Allah, moga kepulangan mereka akan memacu langkah ini dengan lebih laju lagi-

Selasa, 7 Julai 2009

~indahnya bahasa (2) ~

dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

seperti kembang bunga cina

belum dipanggil sudah datang

belum disuruh sudah pergi

~ soar high ~

dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

spread your wings
and just fly
soar high
aim for the sky
stop no more
turn no more
just go
make no excuses
even for
the teary eyes
as it is not tears or sadness
but of happiness
for sure

-bitter sweet of life... when its time to let go... you are not a little birdie no more... show them you are the eagle that soar-

Ahad, 5 Julai 2009

~ cari jalan pulang ~

dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

sesat...

sewaktu saya mula2 pandai memandu, saya amat fobia dengan frasa tersebut... tersiksa amat jiwa saya pabila berjam2 masa terbuang gara2 sesat... dahlah kaki penat (kereta saya manual), duit pula habis membayar tol... perasaan bercampur baur... telefon yang berdering saya tak endahkan... radio ikim yang biasa berkumandang sengaja dibisukan... apa yang berlegar dalam kepala saya kala itu, hanyalah mencari jalan pulang... jalan yang akan membawa saya kembali ke destinasi sebenar... segala yang lain saya tak pedulikan... apa yang penting saya perlu sampai ke destinasi sebenar...

sedar tak sedar perkara ini sering berlaku... walau kita bukan seorang pemandu... adakalanya kita sesat dalam kehidupan... apa yang kita lakukan?

Teringat pada soalan seorang teman ' kalau kamu sesat apa yang kamu lakukan?'
'Cari jalan pulang,' balas saya.
'Habis tu kalau kamu sesat dalam kehidupan, apa pula yang kamu lakukan?' tambahnya lagi
Saya terdiam seketika, memikir apa jawapan yang perlu dituturkan.
'Kamu juga perlu cari jalan pulang... jalan kembali kepadaNya,' jelas teman itu.

Ya, walau dalam situasi apa pun, andai kita sesat, kita perlu cari jalan pulang. Dan tentu bagus, andai dalam usaha mencari jalan pulang, kita perlu fokus. Segala benda lain kita tidak ambil peduli. Yang paling penting kembali ke destinasi sebenar.

Dan pabila kita akhirnya tiba ke destinasi sebenar, kita akan merasa tenang dan bahagia sekali... dan segala penat lelah sebentar tadi bukan lagi perkara besar... semuanya hilang pabila kita telah selamat tiba....

Jadi pabila tersesat, carilah jalan pulang... walau amat penat dan berat, teruskanlah mencari jalan pulang... kerna pengakhirannya amat membahagiakan

Wallahu'alam

Jumaat, 3 Julai 2009

~ kamu tak pernah sendirian ~

dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

ketika kau sudah menangis sekian lama & hatimu pedih,
Allah sudah menghitung air matamu...
jika kau fikir hidupmu sedang menunggu sesuatu & waktu berlalu begitu sahaja,
Allah sedang menunggu bersama2mu...
ketika kau merasa sendirian & teman2mu terlalu sibuk utk meluangkan masa utk mu,
Allah sentiasa berada di sampingmu...
ketika kau fikir kau sudah berusaha sesungguhnya & tak tahu hendak berbuat apa lagi,
Allah tahu jawapannya...
ketika segalanya menjadi sesuatu yg tak masuk akal & kau merasa tertekan,
Allah ada bersama2mu utk menenangkanmu...
jika tiba2 kau dapat melihat jejak2 harapan,
sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu...
jika segala sesuatu berjalan lancar & kau merasa ingin mengucap syukur,
Allah telah pun memberkatimu...
ketika sesuatu yg indah terjadi & kau dipenuhi ketakjuban,
Allah akan tersenyum kepadamu...
ketika kau memiliki tujuan utk dipenuhi & mimpi utk digenapi,
Allah sudah membuka matamu & memanggilmu dgn namamu...
oleh itu, ingatlah bahawa dimanapun kau berada
atau ke mana pun kau berada...
Allah senantiasa berada di sisi mu