Selasa, 30 Jun 2009

~ mintalah fatwa dari hatimu ~

dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

"Kebaikkan itu dalam ketenteraman, dan kejahatan itu dalam keraguan"

Tersenyum saya kala terbaca kata-kata ini... betapa mudahnya persoalan yang sering berlegar2 dikepala saya kala remaja... saya sering tertanya2... apakah perkara yang aku lakukan ini satu dosa? Rupa2nya jawapannya terlalu hampir dan mudah... segalanya terkandung dalam hadith ke-27 dalam himpunan hadith 4o...

Kebaikkan itu pabila dilakukan akan mendatangkan ketenteraman dalam hati... walau ramai orang mengeji...walau ada yang mencaci..tapi hati tetap tenang melaksanakannya... tidak ada rasa ragu atau takut untuk mengulanginya lagi

Tapi kejahatan itu pabila dilakukan akan mengoncang hati... rasa ragu2 akan mengetuk pintu hati... walau manusia datang memuji silih berganti... memuji dan memuja... ketenangan dan keseronokkan itu sirna... inilah kali terakhir aku kan melakukannya kata hati...

Maka, andai ada persoalan diminda...mintalah fatwa dari hatimu... dari hati yang benar2 menyerah dan tunduk hanya pada Allah

- Ya Allah betapa kerdilnya aku saat ini... sesungguhnya benarlah segala janjiMu.. benarlah segala persoalan itu ada jawabnya..dan segalanya terkandung dalam Al-Quran dan hadith -

Isnin, 29 Jun 2009

~ mutiara sepanjang perjalanan ~

dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

mutiara-mutiara indah ini sering menjadi penghias hidupku, jazakumullah semua

saban hari langkahmu kian berat, maka jiwamu mesti kuat

bila kamu merasa lemah, maka mintalah pertolongan, tapi bila kamu minta pertolongan, mintalah dari Yang Maha Kuasa, bukan hanya dari yang biasa-biasa sahaja

kejayaan atau kegagalan bukan alasan untuk kamu berhenti berjuang

to touch the heart of people deeply, your have to touch your heart deeply first

wherever you go, go with all your heart, whatever you do, do it with all your heart, so that the result that you'll get will fill your heart

if you keep repeating the same thing and expect the result to be different, be rest assured, it won't!

Ahad, 28 Jun 2009

~ permata jernih itu ~

dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

mengapa
permata jernih itu
amat murah
amat mudah mengalir
hanya kerana seorang hamba yang lemah

namun
permata jernih itu
amat mahal
amat payah menitis
kerana Penciptanya Yang Maha Kuasa

apakah rasa takut itu lebih besar pada hamba yang lemah itu
apakah rasa sedih itu lebih banyak pada hamba yang dina itu
apakah rasa kasih itu lebih tinggi pada hamba yang pelupa itu


-tatkala airmata kian kering, basahkanlah jiwamu dengan zikir, Ya Allah, jangan Kau tarik nikmat yang satu ini-

~ tomorrow starts today ~

dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

Whatever you achieve today is actually depends on what you have done yesterday. As everybody has their own dreams, you must remember to prepare starting from today.

Many people said that their greatest dream is to live in heaven. So, logically they need to prepare themselves for it. If this is your dream you need to perform all the duty bestowed by Allah; fulfil the 5 pillars of Islam, do all the good deeds and left all the bad deeds and many more.

Obviously fulfiling the duty is not easy. If any of you ever said it is plainly simple and easy, maybe you actually have not perform all the duty or you have not done it at your best. Well, I may be wrong but I do believe that the sweetness of success at the end can only be achieved from the sweat of hardship in the beginning.

So, start preparing from today, this moment!

People said that "if you fail to plan, you plan to fail."
But, for me "if you fail to plan and perform, you plan to go to Hell!"

Sabtu, 27 Jun 2009

~ indahnya bahasa ~

dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

bila dah dihuja, jangan ditarik ekor

Rabu, 24 Jun 2009

~ tanah rindu itu ~

dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

tanah yang kurindu itu
tak tertegak pencakar langit
hanya reruntuhan tak sekata

tanah yang kurindu itu
tak saujana mata memandang
hanya tandus, kontang melata

tanah yang kurindu itu
tak sewangi setaman bunga
hanya hanyir darah, hangit asap semerbak bau

tanah yang kurindu itu
bukan warna warni pelangi menghiasi
hanya semerah langit saga

namun
apa yang memangilku
adalah semangat yang menyala-nyala
kebenaran yang tiada batasnya

namun
apa yang merayuku
adalah penyerahan kudus hanya kepadaNya
limpah ruah kasih hanya untukNya

dan kerana itulah
tanah rindu itu
amat menawan dikalbu

sungguh aku rindu tanah itu!!!

Isnin, 22 Jun 2009

~ mohon dengan sangat ~

dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

Ya Allah, lalainya hati-hati ini ya Allah, bangkitkan hati-hati ini ya Allah... jangan tidurkan kami lena dengan penipuan syaitan dan dunia, jangan dilatih kami menjadi bala tentera syaitan, jangan dijadikan kami malang dan miskin serta hina di akhirat kelak.... jangan jadikan kami gersang dan kontang daripada cinta-Mu...

Ya Allah, hati-hati ini telah lama tidur, telah lama lelap, telah lama leka, telah lama lalai, maka bangunkan kami, sedarkan kami kepada hakiki dunia ini, sedarkan kami kepada cinta yang hakiki, sampaikan kami kepada martabat cinta tertinggi...

Peritnya rasa kalau tiada mendapat lindungan rahmat dan redup-Mu di akhirat kelak. pedih rasanya kalau ketahuan bahawa Kau tiada mahu menghisab diri ini, jerih rasanya kalau Kau tiada mahu memandang diri yang hina ini.jangan ditarik semula hidayah daripada kami setelah Kau kurniakannya kepada kami, jangan Kau palingkan kami dari mendamba cinta-Mu ya Rabb,

Perluaskan hati kami untuk menampung ilmu-Mu yang tiada terkira banyaknya, terangkan hati kami agar jelas pandangan kami menuju pengakhiran yang sejati dan hakiki.... agar kami tiada tergolong dalam golongan yang rugi, agar tiada tergolong dalam golongan yang malang...

Amin...

Ahad, 21 Jun 2009

~ Kalau Dahi tak Mencecah Sejadah Di dunia ~

dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

- sebuah puisi yang dihantar kepada saya, dikongsi di sini buat renungan semua -

Kalau Dahi tak Mencecah Sejadah Di dunia.....

Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!!

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
Walaupun orang yang hadir itu merintih....

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!

Iringilah dirimu ke masjid....
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....
Bukan yang pergi!

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!

Ingatlah di mana saja kamu berada.....
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila Dia menyeru....
Sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia....memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya....
setitis air mani yang tidak bererti!

Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....
Yang lebih agung dari malaikat!

Lahirmu bukan untuk dunia....
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'..
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!

Ingatlah yang kekal ialah amal....
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan...
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!

Pada hari itu tiada berguna.
Harta, tahta dan putera....
Isteri, kad kredit dan kereta....
Kondominium, saham dan niaga....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!

Rabu, 17 Jun 2009

~ ingatan dariNya (2) ~

dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

"Maka bersabarlah kamu terhadap apa yang mereka katakan dan bertasbihlah sambil memuji Tuhan-Mu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya matahari. Dan bertasbihlah kamu kepadaNya di malam hari dan setiap selesai mengerjakan solat"
(Qaaf:39-40)

Teringat pesan seorang teman 'mulut tempayan walau sebesar mana akan mampu ditutup, tapi mulut manusia takkan mampu kita tutup'. Maka, pabila berdepan dengan situasi ini apa yang perlu kita lakukan? Segalanya telah terjawab dalam ayat di atas; bersabarlah dan bertasbihlah. Sesungguhnya orang-orang yang sabar itu tergolong dalam kalangan orang yang beruntung.

Pesan Allah "bertasbihlah sambil memuji Tuhan-Mu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya matahari"; maka janganlah kamu tinggalkan amalan membaca mathurat.

Pesannya lagi "Dan bertasbihlah kamu kepadaNya di malam hari"; maka hidupkanlah malam-malammu wahai sahabat sekalian.

Indahkan surat cinta dariNya ini. Dia tahu masalah kita, dan Dia telah memberikan penyelesaiannya.

Allahuakbar!

-Moga diri ini mampu melaksanakan pesan-pesanMu, Ya Allah. Amin-

~ anak-anak dan gurunya ~

dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

andainya anak-anakku takutkanNYA
sebagaimana mereka takutkkan guru disiplin

andainya anak-anakku mendengar kata-kataNYA
sebagaimana mereka menuruti kata-kata guru mereka

andainya anak-anakku mahu berhabis harta untukNYA
sebagaimana mereka berhabis semua tatkala Hari Guru menjelma

maka akulah insan paling gembira di dunia
dan mungkin juga di akhirat sana

Selasa, 16 Jun 2009

~ a junction ~

dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

between a junction
i stood
undecided

my brain keeps whirling
my heart keeps turning

still thinking
still juggling

undecided
unthinkable

-Oh Allah, to Thee I face, only Thou can give me the best solution, I want to keep walking; even flying if I can, shower me with Your guidance and mercy-

Ahad, 14 Jun 2009

~ keberanian perlu dibina bukan dinanti ~

dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

Dalam kehidupan seharian kita selalu belajar benda baru. Perkara-perkara baru ini perlu dilaksanakan untuk memberikan kesan kepada kehidupan kita. Untuk melaksanakannya kita perlukan keberanian. Maka, kita bertangguh untuk melaksanakannya kerana merasakan kita belum cukup berani. Hasilnya, kita terus menanti dan tak pernah mencuba perkara-perkara baru ini.

Tahukah kita, sebenarnya keberanian tidak boleh dinanti. Ianya perlu dibina. Bagaimana? Dengan melakukan perkara baru itu sedikit demi sedikit; dari skala kecil ke besar. Kerana andai kita terus menanti tanpa membuat apa-apa; hasilnya juga tiada apa-apa.

Oleh itu, binalah kekuatan itu dan jangan hanya menanti sahaja. Tapi, anda perlu tahu batas-batas perkara yang perlu dicuba.

Wallahu'alam

Jumaat, 12 Jun 2009

~ ingatan dariNya (1) ~

dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih


"And if Allah touches you with hurt, there is none you can remove it but He; And if He intends any good for you, there is none who who can keep back His favour; He brings it to whom He pleases of His servant; And He is the oft-forgiving, Most Merciful" (10:107)

- Oh Allah, only You knows what is good for me; wheter it will bring good or hurt-

Khamis, 4 Jun 2009

~ bicara ~

dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

bicara petah dr bibir mungil itu
dirinya rindukan altar firdausi
maka diburunya dgn jihad
bebatu kecil digenggamannya
iman kejap di hatinya

terpana aku
tertunduk malu
diriku asyik dgn syurga duniawi
yang aku buru di pentas maksiat
hanya angan2 di genggamanku
dosa & noda memaluti hatiku

~ impikanlah ~

dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Dan ingatlah kata-kata Saidina Umar kepada sahabatnya: “ Impikanlah”
Seorang pemuda berkata: ” Aku mengimpikan jika sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah.”

Umar berkata lagi: “Impikanlah”.
Seorang pemuda berkata: “Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah.”

Umar berkata lagi: “Impikanlah”.
Mereka berkata: “Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin”

Umarpun berkata: “Tetapi aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah”.

- dan aku impikan untuk menjadi rijal2 itu...amin... -