Isnin, 27 April 2009

~ rindu ~

dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

terlalu ramai yang bicara tentang rindu... saya yang jauh tapi tak berapa jauh ni pun rindu... teringat coretan seorang teman

'kala aku rindu, aku serahkan kembali rasa ini padaMu Ya Allah, aku serahkan dia dalam jagaanMu Ya Allah, kerna aku tahu Kau sebaik-baik penjaga'

maka kala rindu ini menggamit, saya berdoa agar kalian selamat dalam jagaanNya hingga hari kita dipertemukan semula di dunia atau di akhirat nanti insyaAllah

'janganlah bersedih pabila kita tak bertemu kerna yakinlah Dia sedang mengisi hari-harimu dengan sesuatu yang lebih bermanfaat lagi'

teruskan melangkah, biar penat, biar lelah, biar luka berdarah, biar kena berpapah, namun menyerah, tak wujud dalam dakwah

wallahu'alam

Sabtu, 25 April 2009

~ menjadi pendidik ~

dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

Assalamualaikum

Tiba-tiba terasa ingin berkongsi tetang perbualan biasa [yg telah diedit kerna tak dapat ingat semuanya] dihujung minggu...

Tempat: sebuah rumah Islam yang permai
Hari: hujung minggu yang aman
Waktu: malam yang indah

Kami semua sedang sibuk menyiapkan tugasan masing-masing... sesekali terdengar suara memecah sepi... semuanya sedang cuba melawan rasa mengantuk...

D: Akak apa rasanya menjadi pendidik?
S: Rasa? Biasa je. Tapi banyak tanggungjawab.
D: Hmm... kenapa ye Allah beri kedudukan yang tinggi pada pendidik?
S: Sebab utama tu akak tak pasti... tapikan tau tak pendidik banyak tolong kita. Actually tugas didik dan beri ilmu ni tugas ibu bapa... tapi pendidik yang buat... Allah pesan 'ajarlah anak-anak kamu agar dia tak meminta2' dan semua tu pendidik yang buat... ada sorang ustaz tu pernah cakap sebenarnya setiap ibu bapa patut jumpa semua pendidik dan paling kurang ucapkan terima kasih pada pendidik sebab tolong selesaikan tugas mereka... kalu pendidik tak buat, dia akan dipertangungjawabkan kat akhirat nanti...
D:Ye ke... Saya tak pernah tau pun
S:Hehe... saya pun baru tahu.
D:Pada akak apa istimewanya pendidik?
S:Orang ckp pendidik ada byk kelebihan...untung kerja separuh hari, cuti sekolah banyak dan panjang... tapi bila jdi pendidik ni baru saya faham jiwa pendidik ni... pendidik ni amat istimewa... sebabnya dia sentiasa berfikir tentang anak2 murid dia... walau macam mana pun peribadi anak2 murid dia, dia mesti fikir apa yang dia boleh buat untuk bantu anak2 murid dia... dah balik sekolah pun dia fikir lagi... masa buat persediaan mengajar pun dia fikir 'apa lagi cara yang saya boleh guna untuk tolong murid2 saya'... masa cuti pun dia fikir 'agaknya murid2 saya sihat tak... kalau dia tak faham kerja rumah yg saya bagi dia nak tanya siapa ye?... kala berjalan-jalan dan dia jumpa sesuatu yang bermanfaat untuk anak2 murid dia, mesti dia
beli... dalam fikirannya 'bagus jugak benda ni, boleh guna untuk anak murid saya'... dan yang paling istimewa... andai dia pegang satu kelas dia akan ingat 30-40 orang anak murid dia... dan kalu dia ada 3 atau 4 kelas pun dia akan berfikir tentang semua anak murid dia.. tak kiralah semua tu jumlah dia 100, 200 atau lebih lagi... bayangkanlah, kalau adik beradik kita dalam belas2 orang pun kita tak boleh nak fikir untuk semua...tapi seorang pendidik sebenar sentiasa memikirkan beratus-ratus anak murid setiap masa...
D: Ya Allah akak! Saya tak pernah tahu pendidik tu rasa macam tu... Mesti cikgu-cikgu saya rasa macam tu kan dulu... patutlah pendidik ni mulia sangat di sisi Allah... Saya tak tahu saya mampu ke tak jadi pendidik...
S: Well, semua orang adalah pendidik... apabila dia mengajarkan sesuatu yang tidak kita ketahui, orang tu dah jadi pendidik sebenarnya... InsyaAllah, semua orang mampu jadi pendidik, tapi sama ada anak murid kita terdidik dengan cara kita mendidik, belum tentu lagi...

Semua terdiam.... tangan-tangan makin ligat kerna malam makin larut...

Wallahu'alam

~ impian vs kenyataan ~

dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

Saban hari kita berhadapan dengan impian dan kenyataan... kehidupan adalah sebuah kenyataan... dan dalam kehidupan kita semua mempunyai impian... ada impian mampu menjadi kenyataan... namun ada juga impian terus menjadi sebuah igauan semata-mata...

Ada sahabat berpesan kepada saya;
'Sebuah impian tanpa usaha hanyalah angan-angan yang sia-sia, tapi impian yang disertakan dengan usaha bakal menjadi cita-cita yang mampu digapai dengan izin-Nya'

Lalu ramai bertanya:
'Saya dah lakukan semuanya. Tapi mengapa saya tak dapat apa yang saya mimpikan? Allah kata Dia takkan mengubah sesuatu kaum selagi dia tak berusaha untuk mengubahnya. Lalu, mengapa saya tak memilikinya setelah saya berusaha bersungguh-sungguh? Bukankah janji Allah itu benar???!!'

Mungkin ramai yang rasa begini. Saya juga pernah kecewa apabila yang saya usahakan tak berjaya. Tapi kata2 ini amat menenangkan hati

'Kita merancang dengan cita-cita, tapi Allah merancang dengan cinta-Nya'

Benar, kerana sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Allah itu sangat luas dari apa yang kita miliki, maka segala takdir-Nya adalah untuk kebaikkan kita...

Ingatlah, Allah menjawab segala doa kita;
1) JawabNya 'ya' dan Dia memaqbulkan segalanya
2)JawabNya 'sabar' dan Dia mengurniakannya pada waktu yang sesuai
3)JawabNya 'tidak' dan Dia menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik lagi

Maka apabila apa yg kita usahakan tidak berhasil, yakinlah Allah menilai usaha kita bukan hasilnya... benarlah Allah itu Maha Adil...

Kala bersedih, ingatlah tidak semua yg kita usahakan akan membawa pulangan yang hebat pada waktu itu... Rasulullah sendiri tidak berjaya mengislamkan bapa saudara yang dikasihinya, tapi baginda tak pernah berhenti berusaha...

Ingatlah pesanan sahabat Rasulullah; Ali R.A.
'Jika apa yang kamu senangi tidak terjadi, maka senangilah apa yang terjadi [kerna ianya datang dari Allah yang Maha Sempurna]'

Wallahu'alam

Rabu, 22 April 2009

~ persahabatan ~

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

Erti persahabatan tak pernah lupus dalam jiwaku, meskipun nilai - nilainya pudar dibawa arus masa.Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri…tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti...kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa’ dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? Seperti, dia juga tahu rasa kecewa…tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kita, kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu.

Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Di sebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, di sebalik ketenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan…kita tidak tahu…tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

Jika anda bersahabat, bersiaplah untuk berkorban demi sahabat anda. Jika anda bermusuhan dengan sahabat anda, bersiaplah untuk mengalah demi persahabatan kalian. Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan, tetapi persahabatan tidak akan ada tanpa rasa hormat. Ini merupakan salah satu hal yg membuatkan sesuatu persahabatan itu lebih berharga daripada cinta.

~ sibuk ~

dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan juga matiku hanyalah kerana Allah Assalamualaikum...

dah lama tak update blog... sibuk skit.. (sibukkah saya?)
another sajak yg sy jupe & menyentuh hati ini...

Tahukah kau tentang Sulaiman
yang merajai tanah dan lautan
yang memimpin jin dan insan
yang sentiasa sujud pada Tuhan?

Terdengarkah kau tentang Daud
yang melentur besi menjadi lembut
dan sungai berhenti mengalir
bila suaranya melagukan syair?

Kenalkah kau kepada Ayub
yang terlantar seumur hidup
luluh daging di tubuh yang longlai
dalam bernafas diri terkulai?

Lalu kerajaan mana yang kau perintahkan
dan semerdu mana lagu yang kau nyanyikan
dan separah mana penyakit yang kau deritakan
hingga alpa kepada Tuhan?

* terasa sgt bila baca sajak ni... especially rangkap akhir tu... terasa malu bile teringat... ibadah kurang kerana sibuk dgn kerja dunia sahaja... adakah kita benar2 sibuk atau buat2 sibuk? jgn kata kite t'lalu sibuk utk m'belek Al-Quran pabila kita ada masa utk tulis/baca blog (dush..kena kat diri sendiri) *

Selasa, 14 April 2009

~ pilihan ~

dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

maaf
andai yang jadi pilihanku
bukan yang disenangimu

pilihanku
kerna itu kesenangan Rasulku
bukan kerna kesenanganmu

maaf
andai yang jadi pilihanku
canggung di matamu

pilihanku
cukup jadi keredhaan ikutanku
tak perlu puji sanjungmu

maaf
aku adalah aku
tak mungkin jadi kamu

- Ya Allah, beri aku tabah, terus melangkah, biar susah, biar payah, biar penuh sumpah seranah, kerna alam makin parah -

Ahad, 12 April 2009

~friendship as lovely as a delicate flower~

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih
sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan juga matiku hanyalah kerana Allah Assalamualaikum...

As most of weekends, I will meet my friends. Some of them are old-worn friends that I really feel comfortable with, while others are new-freshly-out-of-the-box friends that I instantly feel comfortable with. It is the time we sit and shared everything together; stories, meals, pillow etc. Last weekend I had an interesting conversation (maybe it is for me, not for you)

And one of my new-freshly-out-of-the-box friends asked me, "How long have you known them?" (she's referring to my old-worn friends)

"It varies. Some of them I've known for years. While others are only few months." I replied.

"Few months? Only a few months? How can you be that close with them? Didn't all of you come from different places with different background?" she is obviously shocked.

"Well, my dear, the foundation of our relationship is not something usual; it is based on our aqidah. It is solely because of Allah. Something that has solid foundation will go a long way in special way."


Have you ever came across a fellow muslim that you automatically "clicked" with?
A sense of familiarity with them without even a known past together?
A sense of tranquility they bring to your heart just by speaking to them for the sake of Allah(SWT)?
Encourgement to become closer to Allah(SWT)?
Feels like your soul is naturally attracted to their company?
That's a soul that love for Allah's sake

"Souls are like conscripted soldiers. All the armies of the souls had once been assembled together. Those who recognized one another in that realm have a mutual affection in this world while those who had developed no affinity there, remain strangers even here."[Bukhari Muslim]

At times, we found new friends. Without realising, we are willing to tell them about things that we hardly ever shared before. And wonder why do we feel so comfortable together. Well, there is the answer. Surely Allah has all the answers. Allahuakbar.

~saya terlalu amat sangat rindu pada kalian yang berada di seluruh pelusuk dunia...moga kita dipertemukan kembali suatu hari nanti...andai bukan di dunia, moga di syurga kita kan bersama... amin~

~ anak2 makin kreatif ~

dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

slm...

anak2 hari ini makin kreatif.... ada saja yang mampu dibuatnya... macam2 yang dibuat minggu ini... semua tempat boleh bertukar menjadi taman permainan agung masa kini... semua alat boleh jadi bahan permainanmu... segalanya jadi korbanmu...

anak2 hari ini makin kreatif.... ada saja yang mampu dibuatnya... macam2 yang dibuat minggu ini... alat2 seharian yang digunakan untuk belajar mampu jadi senjata paling bahaya dalam dunia... hampir2 saja ada yang perlu ke hospital...

anak2 hari ini makin kreatif.... ada saja yang mampu dibuatnya... macam2 yang dibuat minggu ini... koridor di sepanjang kelas mampu jadi litar lumba terhebat zaman ini... perjalanan biasa ke makmal komputer boleh menyebabkan kemalangan ngeri tak terperi... kali ini memang ke hospital...

oh, anak2ku, ibu ini hanya ada 2 tangan, 2 kaki, 2 mata dan 2 telinga... sama macam manusia biasa... tak mampu menjagamu setiap ketika... hati-hatilah anak2ku... kerna anggotamu yang sempurna boleh ditarik bila2 masa... Ya Allah peliharalah anak2ku, kerna Kaulah sebaik-baik penjaga...amin...

Sabtu, 11 April 2009

~ saudaraku, hari ini ~

dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih


Saudaraku
Hari ini

Tiada lagi
teriakan di jalanan

Tiada lagi
borang-borang meminta tandatangan

Tiada lagi
emel memenuhi ruang

Tiada lagi
tabung-tabung yang beredaran


Saudaraku
Hari ini

Mereka enak menjamu selera
Di kedai-kedai berhawa dingin

Mereka berbelanja berhabis semua
Di pasaraya terkemuka

Mereka berhias indah sekali
Dengan barangan jenama luar negara


Saudaraku
Hari ini

Kisahmu hanya
sejarah yang tak berkepentingan

Kisahmu hanya
dendangan kala ada masa terluang

Kisahmu hanya
arca yang tak memahamkan

Kisahmu hanya
dongengan kala masa hingusan


Sedang
Hari ini

Saudaraku masih
berulit dentuman dan tangisan

Saudaraku masih
sepinggan berkongsi lapan

Saudaraku masih
berteduh langit dan awan

Saudaraku masih
suram tak berwatan

Jumaat, 10 April 2009

~ alam dan manusia (i) ~

dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

"Ah, teriknya!" keluh Sang Ombak sambil terpisat-pisat membuka matanya.
Ombak mendongak ke langit. Matanya disambut panahan mentari, lalu Ombak tertunduk.
"Mengapa hari ini sunyi sekali?"
"Mengapa tiada Awan menaungi? Mengapa tiada Camar menemani?"
"Camar! Camar! Awan! Awan! Camar!!! Awan!!!" jeritan Ombak memecah sunyi. Namun sepi. Hening sekali

Mata Ombak meliar mencari. Sayup-sayup di hujung sana sepohon Pokok berdiri.
"Aku mesti bertemu Pokok. Mencari jawapan semua persoalan ini."
"Tapi aku tak mampu. Lemah betul seluruh tubuhku."

"Mengapa Ombak tegak di sini?" tegur Bayu lembut.
"Oh, Bayu. Aku rindukan Awan dan Camar. Makanya aku masih menanti di sini. Lagipun aku tak berdaya. Tubuhku lemah sekali," jelas Ombak.
"Tapi Ombak, Pepasir pantai, Pokok malah seluruh alam juga rindu. Mereka rindukan hempasanmu," pujuk Bayu.
"Mari Bayu bantu kamu," pujuk Bayu lagi.

Dengan bantuan Bayu, Ombak sampai ke pantai.
"Assalamualaikum Pepasir. Assalamualaikum Pokok," Ombak menyapa. "Pagi yang indah kan."
"Wa'alaikumussalam. Segar rasanya dipercik Ombak," kata Pokok.
"Benar, rindu benar pada belaianmu ombak," tokok Pepasir pantai pula.
"Terima kasih kerana menjenguk kami," ujar mereka lagi.

Ombak tertunduk malu. Rasanya bagai disimbah asid. Panas dan perit.
'Oh, aku terlupa. Andainya aku rindu, mereka juga rindu. Maafkan aku Ya Allah, kerna aku lupa tugasanku..."

Puput Bayu menyentuh lagi. Ombak menoleh.
"Maafkan aku Bayu. Aku lupa. Terima kasih kerana tak pernah jemu mengingatkan aku," matanya bergenang.
"Sudahlah. Bayu hanya menjalankan tugas Bayu. Menghantar Ombak ke pantai. Jangan lupa, andai kau rindu, Bayu ada di sini menemani."
Mereka tersenyum melihat mentari yang semakin menyembunyikan diri.

Dan Ombak terus menghempas pantai; adakalanya keras menghentam, ada masanya lembut membelai. Moga Ombak tak jemu bertandang ke pantai kala menunggu hadirnya Awan.

Wallahu'alam

Selasa, 7 April 2009

~ doa buat sahabat ~

dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih



p/s-moga ianya bermanfaat buatmu dan buat semua

Ahad, 5 April 2009

~ mencungkil rahsia kebijaksanaan musuh kita ~

dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

sekadar ingi berkongsi sedikit hasil tulisan Dr. Stephen Carr Leon... moga ada manfaatnya

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan thesis ini, iaitu ?Mengapa Yahudi Bijak??. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa so alan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, ? ia, ini untuk anak saya yang masih dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak? Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada matematik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat latihan maeamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ?? tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia , jika anda ke Jakarta , dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

~ benarkah ~

dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih


benarkah hidayah itu tak pernah menjengah
atau aku sebenarnya
yang punya telinga yang ditulikan
tatkala ia mengetuk pintu hati
lalu ku biar ia terus terkunci

benarkah hidayah itu tak pernah hadir
atau aku sebenarnya
yang punya mata yang dibutakan
tatkala ia hadir mempersembahkan diri
lalu aku hanya merenung ruang kosong

benarkah hidayah itu tak pernah mampir
atau aku sebenarnya
yang punya hati yang kecut
tatkala ia menghulurkan tangan
lalu ku biar ia terkulai tak bersambut

Sabtu, 4 April 2009

~ taddabur alam ~

dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

Lunakkan hati, tenangkan perasaan
Lihatlah ke seluruh penjuru alam
Di mana saja mata menjurus
Di sana ada keagungan
Dongakkan kepala ke langit biru
Tundukkan wajah ke bumi yang hijau
Saksikan kilauan mentari
Percikan cahaya bulan & bintang
Langit yang disaksikan tidak bertiang
Gunung ganang tak berpancang
Usah terlena dibuai keindahan
Sesungguhnya pada segalanya
terkandung pengajaran

benar pada segalanya terkandung pelbagai pengajaran... di serata alam terkandung bukti kewujudan dan kekuasaan-Nya... celikan matamu, bukalah hatimu... segala-galanya seolah-olah menjerit-jerit memberitakan tentang kekuasaan-Nya... dikala kita lebih suka mengayam mimpi tentang sesuatu yang tak pasti (saya bukan kata kita tak boleh berimiginasi)... sebenarnya terdapat banyak benda di dunia ni yang tak terjangkau dek minda...

dikala kita merasakan bahawa hidayah Allah tak pernah mengetuk pintu hati ini... sebenarnya Allah tak putus-putus menayangkan bukti kebesaran-Nya kepada kita... setiap detik kita menyaksikan kebenaran yang amat hebat... dan kita menyaksikannya melalui satu ciptaan yang amat agung... mata... mata adalah kamera terhebat dalam sejarah kehidupan manusia.. sehingga hari ini tidak ada satu pun kamera yang mampu menandingi kehebatan 'kamera' ciptaan Allah ini... walau bagaimana sepet pun mata kita, kita pasti mampu melihat apa yang orang lain mampu lihat... kita tak perlu menukar tahap fokus mata kita untuk melihat benda yang jauh..segalanya berlaku secara automatik... dan selalunya apa yang mampu 'ditangkap' oleh mata kita adalah lebih indah dari apa yang mampu kita 'tayangkan' dalam foto2 kita... seringkali terdengar

"Alah, gambar ni tak selawa pemandangan yang aku nampak masa kat situ. Kau mesti pergi sana, baru kau tahu apa yang aku rasa masa tengok permandangan tu."

maka, nikmat yang mana lagi ingin kita dustakan...

ambillah masa untuk taddabur alam... tebarkanlah pandangan anda ke seluruh alam...dan carilah bukti kewujudan dan kebesaran-Nya...kerana

"Dan sungguh, akan Kami isi neraka jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati tetapi tidak dipergunakan untuk memahami ayat-ayat Allah, dan mereka mempunyai mata tapi tidak dipergunakan untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah, dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakan untuk memperdengarkan ayat-ayat Allah..." (Al-A'raf:179)

Wallahua'lam

Jumaat, 3 April 2009

~ di tepian karang ~

dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

sesungguhnya solatku, dan ibadahku, dan hidupku, dan juga matiku hanyalah kerana Allah

Assalamualaikum...

Deburan ombak menerpa karang. Terkadang hanya berupa sentuhan halus, bak belaian. Namun terkadang menghempas, seperti terpecah. Sisanya menyelinap,menerobos dan membasahi pantai. Burung-burung laut berteriak lirih. Melayang, membelah angin yang bersemangat memacu laut. Kemudian menjadi titik hitam, di tengah bulatan merah matahari senja.

Sosok hitam di tepian karang itu pun terdiam dan terpekur. Samudera yang luas sampai ke kaki langit ini membuat mereka seakan lumpuh. Dalam diam, ternyata lebih banyak yang dapat disingkap. Dia sedang merenung sebaris kalimat yang membuatnya gundah. Kalimat mulia pembawa berkah, namun berat.

"Nahnu du'at qobla kulli syai'in" (kami dai' sebelum segalanya)

Dia berbisik. Entah kepada angin, entah kepada diri sendiri. Tapak-tapak samar di pasir pantai seolah mengiringnya menjejaki masa-masa yang lalu. Sedapat mungkin dicarinya kesesuaian antara kata yang terucap dengan perbuatan yang terwujud. Dia menemukan jarak yang begitu jauh antara keduanya.

Di sini, semakin menyedari betapa berat makna kalimat yang baru dan senantiasa dia ucapkan. Baik di hati, atau di lisan. Begitu banyak bekalan yang mesti dia siapkan. Tak ada waktu terlena.

"Nahnu du'at qobla kulli syai'in"

Kalimat ini memaksanya untuk tak mampu tertawa lebar. Bagaimanapula mungkin dia dapat terbahak-bahak, sementara di sudut matanya beban berat masih menumpuk. Bagaimana mungkin tawanya lepas, padahal saudaranya masih terus saja terpedaya dengan pesona dunia. Belum lagi kezaliman yang sentiasa membuat nurani merintih! Ditambah dengan pemandangan hukum Allah yang diinjak-injak tanpa sedikit pun rasa takut.

"Nahnu du'at qobla kulli syai'in"

...

~phone call~

Dengan nama Allah yg Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

Assalamualaikum

Ya Allah,
I called tonight
To talk for a while ...
I need a 'person' who'll listen
To my anxiety and trial.

You see, I can't quite make it
Through a day just on my own;
I need your love to guide me,
So I'll never feel alone.

Give me faith, dear Allah,
To face each second throughout the day;
And not to worry over things,
That I can't change in any way.

May You please Ya Allah,
Keep my family & friends safe and sound;
Come and fill their lives with confidence in You,
For whatever fate they're bound.

I thank You, Allah,
For being home,
And listening to my call;
Soothing my soul
And giving me good advices
When I stumble and fall.

Your number, Allah,
is the only one
That answers every time;
I never get a busy signal,
And never had to pay a dime.

So thank you, Allah,
For listening
To my troubles and my sorrow;
Good night, Allah.
I love You,
And I'll call again tomorrow!

Luv,
Your slave