Ahad, 29 Mac 2009

~cemburu~

Dengan nama Allah yg Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

Assalamualaikum

"Al-Quran itu pencemburu, ia akan meninggalkan sesiapa yang meninggalkannya "

T'jumpa kata2 ni masa tgh cuti pjg... it makes me ponder... Al-Quran meninggalkan sesiapa yg meninggalkannya... hm... camne tu?

Pastu teringat pd satu peristiwa ni... On this particular day, tiba2 je rasa x de mood sgt..asyik nk marah...asyik terasa je... So, masa kwn2 tgh kumpul ramai2... saya asingkan diri... one of my friends perasan... dia tanya kenapa... saya cerita ler... then, dia suh saya pk ape yg saya wat ari2 yg saya x wat aritu... bila saya pk2 blk...baru saya perasan yg I haven't read the Quran on that day...not even my fav surah... not even a sentence... Astagfirullah... I'm so caught up with other things that I forgot to do the important thing...

So, bila jupe ayat kat atas tu... cam terasa maksud meninggalkan kat situ bukan ler Quran tu boleh lari dari kite... tp ketenangan tu yg hilang... Al-Quran mmg ubat penenang paling mujarab... well, it is for me...ayat tu mmg buat saya t'pukul... well, manusia x lepas dr sifat cemburu(jgn amalkan coz tu sifat mazmumah-pesanan pd diri sendiri yg selalu lupa)... tp kite selalu cemburu pd benda2 yg x penting pun... kite jarang cemburu pd benda2 penting or baik yg org len buat... hm... bila org bli baju baru..kite nk baju baru..bile org g melancong..kite pun sibuk nak melancong... tp bila org beli buku akademik or agama... kite cakap kite x de duit... or kite buat2 x nampak.. mcm2 ler lg...pk sendiri ye =p

Tp Al-Quran cemburu bile kite lebihkan benda lain..bila kite x cuba luangkan masa dgn dia... kite x pernah sedih kalu kite x baca Al-Quran sehari... tp kite sedih kalu manusia x contact kite tiap2 hari... kite sedih bile x dpt luangkan masa dgn manusia... Al-Quran pun makhluk Allah gak... jgn sampai Al-Quran tinggalkan kita...


-Ya Allah, aku manusia pelupa, ku mohon pada-Mu kuatkanlah ingatanku dan ingatkanlah diriku pabila aku terlupa, moga Al-Quran tak kan pernah meninggalkan diriku.Amin...-

~iman semut vs iman manusia~

Dengan nama Allah yg Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

Assalamualaikum... ni nak kongsi satu cerita...

IMAN SEMUT...

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.
Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".
Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".
Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut,berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"
Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".
Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggalkan semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.
Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut,lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut:"Kamu rupanya berbohong pada aku! Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".
Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apa pun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamumasukkan aku dalam bekas yang tertutup,rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".
ItulahIman Semut!!

IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam,oleh itu kubur perlu digali dulu.Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.Dia nak tengok macam mana rupa mayatsetelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100kubur.
Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?"
Jawab Imam Suffian:" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islamyang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".
Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil:
" ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN"


-So, kalu gaji or elaun lambat masuk, ingatlah bukan majikan/penaja kita yang beri rezeki...tu semua dari Allah...jadi yakinlah bahawa Allah itu tak pernah lupakan kita-

Isnin, 23 Mac 2009

~sejarah~

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

di bumi asing
ku kenal asal usulku
ku susur salur galurku
ku kembali ke sumberku

terbuka mindaku
tercelik mataku
terketuk hatiku

oh, ini sejarahku
owh, ini kisahku
ooo, inilah aku

kembalinya aku ke watan
aku merasa asing
mengapa di sini budayanya lebih canggung lagi
dia mana aku sebenarnya
watanku?
atau bumi peti sejuk itu?

di mana tanah airku?
di mana sebenar letaknya?
di mana?

Ahad, 22 Mac 2009

~ menjadi bidadari di dunia dan akhirat ~

Dengan nama Allah yg Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

Assalamualaikum

Pernahkah terlintas dalam hati wahai saudari muslimah...
untuk menjadi bidadari di dunia & akhirat nanti? Pernahkan kamu membayangkan betapa 'cantik' & 'anggunnya' dia. Menjadi teman hamba2 Allah yg soleh & bertaqwa.

Pernahkah engkau menginginkannya? Pernahkah kau mengangankannya? Tidakkah hatimu tergerak untuk segera meraihnya? Sesungguhnya bidadari dunia adalah dia para wanita solehah, memurnikan ibadah hanya semata-mata untuk-Nya, hatinya selalu takut dan terikat dengan Rabb-nya, mentaati-Nya dalam keadaan sendirian ataupun di hadapan banyaknya manusia. Peribadi ygmerindukan keredhaan Allah dan Rasul-Nya.

Selalu terbayang di pelupuk matanya syurga yg dijanjikan Allah menantinya. Dia boleh memasukinya dari pintu mana pun yg dia suka. Hatinya selalu meninbang dengan timbangan akhirat sehingga seala urusan dunia yg bertentangan dgn syariat Allah dan Rasul-Nya akan mudah dia singkirkan dan ditinggalkan.

Aduhai... betapa elok dan indah akhlaknya... selagi dia belum bersuami maka berbakti kepada kedua orang tuanyalah satu dari ladang amalnya. Memanfaaatkan kesempatan yang berharga ini dengan berusaha mendapatkan keredhaan dari keduanya. Bila dia telah bersuami maka bersemangatlah hatinya untuk berbakti kepada suaminya, menemani si suami dalam keadaan suka dan duka, mendidik anak2 agar mereka berjalan di atas sunnah dan manhaj yg benar. Berani meluruskan suami apabila dia bersalah dgn bahasa lembut dan bersabar atas kekurangannya. Membantu suami dalam mentaati Rabb-Nya.

Dalam setiap ketika tak pernah jemu menabur bakti buat Rabb-Nya. Sentiasa sedia dan berani mengajak umat manusia untuk mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Segala hartanya;masa tenaga dan wang ringgit, tak pernah lokek untuk dikongsi bersama. seandainya semua itu mampu digunakan untuk menegakkan kalimah Al-Haq dia takkan pernah ragu. Tidak wujud kalimah 'jemu', 'lelah' mahupun 'gentar' dalam hatinya kerna hatinya yakin dgn janji2-Nya.

Janganlah engkau resah dan gundah, berasa kecewa hatimu kerana melihat sulitnya jalan untuk meraih ke sana. Jalan itu akan mudah engakau tuju pabila memohon pertolongan-Nya dalam setiap desah nafasmu. Sehingga setiap tindak tandukmu selalu dalam bimbingan-Nya. Dan, renungkanlah apabila engkau berhasil mencapai tahap wanita solehah (bidadari dunia) semua adalah kerana dari Rabbmu semata. Bersyukurlah atas segala nikmat ini dan jangan sekali2 engkau takbur. Ingatlah selalu firman-Nya:
'Dan tidak ada taufiq bagiku melainkan dengan pertolongan Allah.' (Hud:88)

Sesungguhnya Allah tidak akan mensia2kan amalan hamba-Nya. Jika engkau bersabar dan istiqamah maka insyaAllah, engkau kan menjadi penghuni syurga yang cantik jelita itu.Semoga Allh memberkatimu dan memberkati kita semua wanita2 muslimah di atas muka bumi ini yang bercita2 ingin menjadi bidadari di atas dunia dan tentu sahaja di akhirat nanti-insyaAllah

Khamis, 12 Mac 2009

~ kegagalan atau kejayaan bukan alasan untuk berhenti berjuang ~

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

'Kejayaan atau kegagalan bukan alasan untuk berhenti berjuang.' Kata-kata seorang sahabat ini terngiang-ngiang di telinga. Menggamit hati untuk berbicara tentangnya.

Kata-kata itu amat ringkas. Tapi, amat dalam maksudnya. Terasa tertampar diri ini dikala mendengarnya dituturkan oleh sahabat yang amat dihormati itu. Ya Allah betapa diri ini sering memberikan alasan. Sedangkan ianya tak sepatutnya berlaku. Setiap kegagalan atau kejayaan yang dikecapi bukanlah alasan untuk saya berhenti dari meneruskan perjuangan selama ini.

Sepatutnya saya perlu meneruskan perjuangan tanpa ada rasa jemu. Ini kerana, kejayaan dan kegagalan bukanlah destinasi dalam perjuangan. Ia hanyalah satu persinggahan sementara dalam usaha untuk menuju destinasi sebenar di akhirat nanti.

Allah sendiri tidak pernah menyuruh kita untuk berhenti apabila sudah selesai mengerjakan sesuatu urusan. Bahkan kita perlu bekerja keras untuk urusan yang lain pula (rujuk Surah Al-Insyirah). Well, Allah kata kita perlu 'bekerja keras selepas menyelesaikan sesuatu urusan'. Allah tak suruh kita bekerja keras setelah kita berjaya atau gagal. Tapi setelah selesai menguruskan urusan itu. Berjaya atau gagal tu bukan kita yang tentukan. Tapi, itu urusan Allah. Dan kita tak perlu menilai sesuatu mengikut neraca manusia.

Jadi sepatutnya kita teruskan usaha kita. Berjaya atau gagal, tak ada masalah. Kerana tanpa kegagalan kita tak akan belajar benda baru dan kejayaan takkan kekal selamanya. So, there should be no excuse. Just more effort each day.

Wallahu'alam